mobile no :0142405532 Maser
Email : maser@lukispelan.com
Posted by (2) Comment
Cadangan membina banglo atau cadangan mendirikan rumah sesebuah samada 1 tingkat atau 2 tingkat memerlukan perancangan yang melibatkan penyediaan pelan arkitek, jurutera dan mekanikal. Selalunya perancangan awal mereka yang ingin membina rumah atau rumah banglo ialah
Pertama:
Bakal pemilik rumah perlu membayangkan keaadaan rumah yang hendak dibina dengan merujuk pada contoh-contoh pelan yang boleh didapati dari mana-mana sumber. Kemudian pemilik rumah akan melakar pelan rumah yang dikehendaki.
Kedua:
Pemilik rumah akan menghubungi mana-mana individu terutamanya pelukis pelan untuk menyatakan hasrat mereka untuk mendirikan rumah. Dari situ, mereka akan mendapat khidmat nasihat percuma dari pelukis pelan. Mereka akan mendapat maklumat-maklumat mengenai prosedur yang perlu dilakukan sebelum rumah dibina.
Ketiga:
Setelah pemilik rumah faham tindakan yang perlu diambil dalam perjalanan membina rumah mereka. Proses penyediaan pelan dari pihak Arkitek perlu dilakukan, pelan arkitek / pelan bangunan akan direkabentuk mengikut kemahuan pemilik rumah serta mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Pelan arkitek ini mengandungi pelan tapak, pelan lokasi, pelan kunci, pelan lantai bawah, pelan lantai atas, pelan bumbung, elevation depan, belakang, sisi kiri, kanan , keratan , pelan pagar.anda boleh lihat contoh pelan yang lengkap untuk submission ke majlis (lihat gambar bawah)
Kelima:
Pelan rumah yang direkabentuk oleh arkitek bersedia untuk sumbission di majlis telah disedikan, maka pelan tersebut akan di serahkan pula kepada consultant engineeer untuk proses penyediaan pelan kejuruteraan struktur, pelan plumbing, pelan sanitary dan juga pelan mekanikal untuk tnb dan telekom. Sebagai contoh jika projek banglo yang dibina bagi submission bahagian Majlis Bandaraya Shah Alam. Pelan sanitary pdc1 iaitu pelan sanitary external yang menunjukkan discharge point dari septic tank ke existing drain atau last manhole ke existing sewerline perlu di tunjukkan. Setelah pdc1 dan pdc2 telah diluluskan. Barulah pelan bangunan dan pelan jurutera boleh di submit serentak (bagi MPSA) prosedur ini tertakluk pada syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa bagi kawasan rumah yang hendak dibina.