Call Us : 014-2405532 : Maser
Email : maser@lukispelan.com
Tue, 28th September, 2010 - Posted by - (0) Comment
Skop yang terdapat dalam penyediaan pelan rumah sebagai contoh bagi pembinaan rumah banglo di kawasan selangor bagi submision pelan di Majlis Bandaraya Shah Alam ialah. Yang pertama sekali perlu dilahat samada lot tanah yang hendak dibina sudahpun termasuk dalam kawasan “development order” atau secara mudahnya disebut, lot tanah tersebut telah pun berada didalam kawasan perancang bandar. Jika lot tanah tersebut masih belum dalam kawasaan development order, maka perlantikkan menerusi khidmat Perancang bandar perlu dilakukan bagi mendapatkan status tanah tersebut sebelum rumah banglo dibina.
Sebelum submission pelan Arkitek atau pelan bangunan di ajukan pada OSC (one stop center) di bahagian Majlis Bandaraya Shah Alam, penyedian pelan sanitary iaitu kelulusan bagi pelan pembentungan dari pihak Indah Water Konsortium untuk PDC1 perlu didapatkan dahulu, PDC1 ialah pelan yang menunjukkan external sanitary. Untuk lebih mudah difahami, pelan ini menunjukan sistem pembentungan luaran antara manhole hingga septic tank ataupun sambungan ke paip pembentungan sediada.PDC2 pula ialah pelan yang menunjukkan sistem pembentungan didalam rumah atau dikenali sebagai internal sanitary (lihat gambar external sanitary dan internal sanitary bagi banglo)
Berdasarkan pengalaman saya dalam berurusan dengan Majlis Bandaraya Shah Alam, untuk kemasukan untuk tujuan approval pelan bangunan atau pelan arkitek hanya mengambil masa tempoh kelulusan dalam 1 hari, tetapi kelulusan ini tertakluk pada check list yang dipatuhi semasa penyediaan pelan. Manakala pelan kejuruteraan struktur boleh di ajukan apabila pelan bangunan telah diluluskan, saya ingatkan disini, untuk kemasukkan pelan bangunan ke OSC memerlukan kelulusan PDC1, atau PDC1 dan PDC2. Barulah pelan tersebut akan diproses untuk kelulusan.