Call Us : 014-2405532 : Maser
Email : maser@lukispelan.com
Thu, 9th September, 2010 - Posted by
Impian membina rumah sendiri pasti menjadi idaman setiap orang,lebih-lebih lagi yang sudah mempunyai keluarga.Dengan mempunyai tanah sendiri serta sumber kewangan yang boleh perolehi untuk membiayai kos pembinaan rumah,mereka boleh membinanya mengikut konsep dan citarasa tersendiri.Tetapi ada juga sesetengah daripada kita tidak mengetahui bagaimana langkah yang perlu diambil untuk memiliki rumah diatas tanah sendiri.Ada juga terkeliru dengan jawapan-jawapan berbeza yang diberikan oleh pihak tertentu.Bukan itu saja,terdapat pemilik rumah yang belum lagi menerima CF walaupun rumah sudah diduduki,ini tentulah semasa submission pelan,terdapat masaalah yang timbul.
Ada juga sesetengah pemilik rumah yang mempunyai masaalah ketika proses pertama submission pelan serta berbagai-bagai lagi masaalah lain,padahal jika pelan yang di submit itu lengkap,kelulusan pertama iaitu kelulusan untuk memulakan pembinaan dilakukan boleh diperolehi dengan satu hari sahaja (mengikut kawasan)
Sebenarnya untuk membina rumah,prosedur yang perlu dilalui bukanlah terlalu susah,Kita hanya melantik Arkitek untuk menguruskannya,tapi memanglah cas penyediaan pelan jika difikirkan agak mahal bagi pemilik rumah.Tetapi tanggungjawap yang dipikul oleh Arkitek juga agak besar,ini kerana untuk memastikan pembinaan rumah dari mula hingga mendapat CF bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah.Masa yang diluangkan untuk merekabentuk rumah,masa untuk ‘deal’ dengan pihak berkuasa lebih-lebih lagi projek mempunyai masaalah juga perlu diambil kira.
Apakah perkara yang anda perlu lakukan untuk memiliki rumah idaman?.Laman lukispelan.com saya bina khas untuk memberikan panduan kepada anda dengan memaparkan maklumat yang berkaitan dengan membina rumah/banglo,tambahan rumah,ubahsuai rumah serta yang berkaitan.anda boleh mencari maklumat yang dikehendaki mengikut kategory yang saya sediakan.Bukan itu saja lukispelan.com juga boleh menjadi sumber rujukan kepada semua pelukis pelan samada pelukis pelan Arkitek atau pelukis pelan Jurutera,para sesiapa yang masih lagi belajar didalam bidang pelukis pelan serta sesiapa saja yng menceburi bidang senibina dan kejuruteraan awam.
PELAN ARKITEK / PELAN BANGUNAN
Pelan Arkitek adalah pelan pertama yang harus disediakan bagi proses pembinaan sesebuah rumah, pelan arkitek yang lengkap adalah mengandungi :
A-Pelan tapak
B-Pelan lokasi
C-Pelan kunci
D-pelan lantai bawah
E-pelan lantai atas (tingkat satu)
F-pelan bumbung
G-pelan pandangan-hadapan dan belakang-kiri dan kanan
H-pelan keratan 1-1 dan 2-2
I-schematic diagramme sanitary dan plumbing
J-jadual saiz tingkap,pintu,
K-pelan pagar
L-jadual pengudaraan dan cahaya
M-pelan bangunan sementara
A-Pelan tapak
Pelan ini menunjukkan pelan lot tanah tempat rumah yang hendak dibina,ianya juga menunjukkan lot-lot lain yang berada di sekeliling lot tersebut.pelan tapak ini juga perlu dimasukkan pelan rumah ke dalam lot tanah.pelan tapak ini mesti ditunjukkan tapak rumah (pelan lantai bawah),sistem sanitary iaitu manhole,piping,septic tank,parit,limit
jarak antara rumah dan lot serta lAin-lain yang diminta oleh pihak majlis.
B-Pelan lokasi
Pelan ini menunjukkan kawasan/seksyen lot tanah tersebut,juga ditunjukkan pelan dari jalan utama ke lot tanah, nama bangunan seperti sekolah,hospital yang berdekatan juga perlu ditunjukkan.
C-Pelan kunci
Pelan yang menunjukkan daerah/negeri/mukim kawasan lot. D-Pelan lantai bawah (ground floor keyplan) Pelan tingkat bawah yang menunjukkan perkara yang mengikut kemahuan pemilik E-Pelan lantai atas (1st floor keyplan) Pelan yang menunjukkan perkara yang mengikut kemahuan pemilik F-Pelan bumbung (roof plan) Menunjukkan jenis bumbung dan kecerunannya,juga perlu ditunjukkan wire mesh iaitu paip udara bagi sanitary.
G-Pelan pandangan (elevation)
Ia menunjukkan pandangan rumah dari luar
H-Pelan keratan
Pelan ini menunjukkan pandangan keratan rentas rumah
I-Shematic diagramme,isometric
Menunjukkan saiz dan jenis paip,tangki air,tangki najis,sink,basin,floor trap serta yang berkaitan dengan piping installation sanitary dan plumbing
J-Jadual pintu dan tingkap
Jadual yang menunjukkan saiz dan jenis pintu dan tingkap
l-Pagar
Pelan ini mengandungi pelan pagar dan perician untuk tempat meter air,tong sampah dan meter elektrik
K-Jadual pencahayaan dan pengudaraan
Jadual menunjukkan pengiraan ruang cahaya dan udara
L-Pelan bangunan sementara
Pelan yang menunjukkan -pelan tapak-pelan kunci-pelan tandas sementara-perician hoarding -perician kabin/setor
PELAN JURUTERA (Consultant Engineers)
Penyediaan pelan oleh pihak jurutera bagi pembinaan banglo terdiri daripada pelan r.c,pelan sanitary,pelan plumbing,pelan kerja tanah (jika perlu).semua pelan ini akan direkabentuk setelah menerima pelan dari arkitek.setiap jenis pelan tersebut akan di hantar ke jabatan yang berbeza iaitu pelan R.C disertakan pelan arkitek perlu di submit ke
Majlis.Pelan sanitary ke IWK/JPP.pelan plumbing ke PBA/SYABAS.
Pelan R.C Pelan r.c menunjukkan rekabentuk struktur (kerangka) sesuatu bangunan,setiap saiz besi,saiz tiang,saiz beam akan ditunjukan dengan jelas dan perlu diikuti oleh kontaktor semasa dalam pembinaan nanti.pihak jurutera akan melakukan pegawasan terhadap kontraktor supaya struktur rumah dibina mengikut pelan yang disediakan.Pembinaan rumah yang tidak mengikut rekabentuk yang betul akan mengalami keretakan dan runtuh.
Pelan Plumbing. Pelan plumbing merujuk kepada sistem paip bekalan air rumah.ianya menunjukan saiz paip,saiz water tank serta punca paip sediada yang akan disalurkan ke rumah.pelan ini akan di submit kepada PBA/SYABAS untuk kelulusan. Pelan Sanitary Pelan yang menunjukan sistem pembentungan rumah,terdapat beberapa siri submission bermula dari PDC hingga PDC8
Sila lihat gambar dibawah pelan yang lengkap oleh pihak consultant engineers.(gambar akan dimasukkan)
saya minta maaf kepada mereka yang belum mendapat email maklumbalas dari saya, untuk kawasan selangor dan wilayah persekutuan, anda di jemput ke pejabat saya untuk perbincangan lanjut. sila email atau telefon untuk temujanji.
Dimensi Builders Sdn Bhd (576260-K)
No 42A Jalan Bayu Tinggi 2A/KS 6
Batu Unjur, 41200 Klang
Selangor Darul Ehsan
Tel 03-33238004
Fax 03=33241005
Mobile : 014 2405532
Sila email ke
maser@lukispelan.com
Bukit Rahman Putra
2013
2 tingkat 20×40 – 120,000
1. melaka
2. jun2012
bajet 60,000
Di Taiping
2013
300,000
Gombak, Selangor
Penghujung/awal 2012
RM 60,000 / 70,000
Salam
sy ingin buat rumah di kampung sg petai,alor gajah melaka
target bina mula dari tahun ni,2012
buget dalam rm70 000, max rm80000
berapa keluasan yang bole sy bina, berapa bilik sesuai..
anggaran kos penyediaan pelan dan contruction.
terima kasih
Salam!…..saya ingin membuat rumah di tanah sendiri. Keluasan tanah adalah 27 ‘ L x 85′ P. Saya ingin membuat rumah satu setengah tingkat. Pembinaan segera mulai dr sekarang! Tempat di Teluk Intan, Perak. Duit ditangan dalam 120K.
Harap dapat hubungi saya segera untuk perbincangan lanjut untuk mengetahui bajet dan tempoh waktu siap pembinaan.
Hubungi saya di 010-8337329
Wassalam
Saya bercadang untuk extend dapur
Di area enstek,nilai
As soon as possible nk extend
Budget rm15K sahaja
Kalau boleh nak ubah toilet asal,tambah satu bilik kecik..
sy bercadang utk membina rumah setingkat saiz 30′x40′ diatas tanah sendiri berkonsep bali atau tradisional di kpg kupang,baling,kedah. Target bina pd bulan dec 2012 nanti. Boleh tuan buat lakaran pelan yg mempunyai 3 bilik tidur n 2 bilik mandi dulu. kalau sy setuju sy akan bayar kos meyediakan pelan rumah. Berapa anggaran kos pembinaan rumah tersebut
Saya ingin membina rumah di Hulu Langat
Ingin membina pada penghujung 2012 atau awal 2013
Budget 60000 max 80000
berapa keluasan yang bole sy bina, berapa bilik sesuai..
anggaran kos penyediaan pelan dan contruction.
terima kasih
Salam tuan saya bercadang hendak buat rumah atas tanah dengan keluasan 40 x 60 kaki. Boleh tuan buat lukisan pelan rumah 1 1/2 tingkat dengan 4 bilik tidur dan 2 bilik air. Bilik utama di tingkat atas. Berapa harga lukisan pelan dengan lukisan kerangka besi dan kerangka bumbung. Tel saya 0122903437 untuk berhubung.Cadangan tapak Sg, Buluh Sel. Target bena bulan Mei. Budget RM 200K. Sekian terima kasih.
Salam. saya ingin membina rumah di Papar, Sabah. ingin membina bermul pada penghujung April ini. Budget adalah RM 80K ke 100K. Berapa keluasan, anggran kos dan apa jenis tumah yang sesuai.
Terima kasih atas perhatian tuan.
Salam..Saya bercadang membuat rumah di atas tanah sendiri
-Rumah di kawasan kampung di Kuala Terengganu
-perancangan akhir tahun 2012
-buget dlm 250,000-280,000
-rumah 1 tingkat
-keluasan tanah yang landai sekitar 3/4 ekar
-1 master room + 4 bilik + 1 utiliti + 2 bilik air +1 ruang tamu +1 ruang keluarga + 1 dapur basah + 1 dapur kering + porch utk 4 kereta
Mohon bantuan apa bentuk rumah yang sesuai beserta cadangan pelan rumah yang bersesuaian dengan budget. TQ
saya nk bina rumah di setiu, terengganu
nak bina rumah dlm tahun ni, 2012
luas tanah 654msquare
budget saya 250k-280k
jumlah bilik 1 master bedroom, 3 bilik, 2 bilik air, 1 ruang dapur
mtk maklum balas untuk kos penyediaan pelan
lokasi: tanah sendiri di kamunting,taiping,perak
target: secepat mungkin
bajet: 80-90ribu
keperluan: sistem ibs
kontraktor: taiping/kamunting
Nak bina rumah di Manir, K.Trg,
1 tkt 1/2
4 bilik, Tingkat Atas 1 Bilik Rehat sahaja.
budget RM150K
Cadangan pembinaan Mac 2013..
saiz rumah max 1700ka.per