Call Us : 014-2405532 : Maser
Email : maser@lukispelan.com
Wed, 6th October, 2010 - Posted by - (290) Comment
Berdasarkan pengalaman saya dalam menjalankan penyediaan pelan bagi membina rumah banglo, setiap kali urusan pertama dengan client ialah, membuat perjumpaan bagi membincangkan rekabentuk rumah yang di kehendaki. arkitek, jurutera, kontraktor akan mengadakan perjumpaan dengan client bagi menjelaskan prosedur yang perlu dilalui semasa proses penyediaan pelan dan contruction dimulakan.
Pertama sekali apa yang perlu client lakukan ialah membuat rekabentuk sendiri dengan merujuk contoh-contoh pelan yang diberikan oleh saya. kemudian melalui pelan tersebut, pihak arkitek akan merekabentuk dengan mengunaan komputer yang menunjukkan semua rekabentuk rumah yang dikehendaki, sila lihat gambar dibawah rekabentuk pelan rumah di peringkat awal.
pic 1 (pelan rekebentuk peringkat awal)
Gambar diatas menunjukan pelan yang direkabentuk di perangkat awal oleh arkitek hasil dari perbincangan dengan pihak client. rekabentuk ini akan diubah sehinggalah client bersetuju dengan rekanbentuk yang latest.Kemudian, estimate kos akan dilakukan oleh pihak QS bagi membuat anggaran kos pembinaanSila lihat pic 2 anggaran kos yang disediakan oleh QS bagi pembinaan rumah seperti pelan di pic 1.
Gambar menunjukkan estimate kos seperti kos Pad footing,Ground Beam,Ground floor slab dan pelbagai lagi meterial yg terlibat. sebagai contoh kos construction bagi membina rumah banglo 2 tingkat ini adalah dalam lingkungan 180k hingga 200k dan fees untuk arkitek dan consultant pula, antara 20k hingga 30k.
Penyediaan pelan peringkat akhir dan bersedia untuk submission pelan ke pihak berkuasa, ianya seperti gambar dibawah, sila lihat mengikut no
1-pelan yang mengandungi pelan kunci, pelan lokasi dan pelan tapak
2-Pelan yang menunjukkan pelan tingkat bawah dan tingkat 1
3-Pelan menunjukkan pelan bumbung dan 2 jenis keratan rentas, eanitary diagramme
4-Pelan yang menunjukkan pandangan depan,belakang, kiri dan kanan
5-Ini adalah pandangan 3d, 3d tidak perlu submit, cuma digunakan untuk presentation kepada pemilik rumah.