mobile no :0142405532 Maser
Email : maser@lukispelan.com
Posted by (19) Comment
PERHATIAN : Artikel dibawah adalah renovation yang melibatkan penyediaan pelan dan di endorse oleh pelukispelan berdaftar dan jurutera. Bagi renovation biasa, anda hanya perlu ke Majlis dan membeli dokumen yang berbentuk buku (PELAN SETARA) dokumen tersebut menunjukkan standard plan yang anda perlu tandakan bahagian yang hendak ditambah contohnya tambahan dapur dan porch.
PERINGATAN: Tindakan pertama yang harus anda lakukan untuk tindakan lanjut ialah… sila ambil gambar depan dan belakang rumah (tepi jika rumah endlot/semi d).. bawa gambar tersebut berserta S&P/cukai tanah.. jumpa pegawai di bahagaian OSC atau bahagian bangunan, beritahu yang anda hendak lakukan renovation. dan tanya apa tindakan yang perlu diambil. samada beli dokumen pelan setara atau perlu melantik pelukispelan untuk uruskan, sesetengah majlis akan berikan senarai pelukis pelan yang anda boleh hubungi.
Artikel kali ini saya akan berikan maklumat terperinci dan tepat mengenai proses penyediaan pelan bagi renovation rumah untuk kelulusan pelan dari Majis Bandaraya Shah Alam. Bermula dariĀ January hingga May, terdapat 5 pemilik rumah yang mendapatkan khidmat saya di sekitar Selangor yang memerlukan kelulusan dari MBSA, sebenarnya terdapat banyak lagi projek saya untuk kelulusan dari Majlis lain, tapi saya akan ceritakan MBSA dahulu sahaja.
Kesemua penyediaan pelan rumah renovation ini adalah di kawasan perumahan Setia Alam. projek yang saya terima ini semuanya datang dari mereka yang memasuki laman weblog saya ini iaitu lukispelan.com.Pemilik rumah yang ingin mendapatkan khidmat penyediaan pelan bagi renovation rumah mereka menghubungi saya melalui telefon serta ada juga melalui email, setelah mereka menghubungi saya, perjumpaan pertama diaturkan di rumah yang hendak dibuat renovation. anda boleh melihat gambar dibawah
Peringkat pertama perjumpaan, pihak saya akan menerangkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam membuat renovation rumah, iaitu renovation perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam, kemudian pihak saya akan mendengar rekabentuk rumah yang pemilik rumah inginkan. Saya juga akan memberi panduan dan contoh-contoh rumah yang telah kami jalankan sebelum ini. semasa berada di rumah tersebut, pihak saya akan mengukur ruang rumah yang hendak ditambah, terdapat syarat yang perlu dipatuhi, antaranya. ruang yang hendak ditambah tidak melebihi 10 kaki dari sempadan lot rumah, pencahayaan, pengudaraan dan lain lain perkara yang akan diikuti.
Setelah selesai pebincangan mengenai bentuk rumah yang hendak dilakukan renovation, dan pemilik rumah juga bersetuju untuk melantik kami, kami akan berikan quotation yang dikenakan bagi perkhidmatan ini, terdapat 3 peringkat bayaran iaitu
Peringkat pertama bayaran
Apabila pemilik rumah bersetuju, mereka perlu memberi bayaran 1/3 dari jumlah keseluruhan untuk pihak saya memulakan kerja penyediaan pelan.
Peringkat kedua bayaran
Apabila pelan telah siap, saya akan tunjukkan pelan rumah dengan rekabentuk yang diinginkan, jika pemilik rumah hendak ubah, pihak saya akan ubah sehingga pemilik rumah berpuas hati. dan pada masa inilah pelan yang telah siap, pemilik rumah perlu menandatangan atas pelan. seterusnya bayaran peringkat ke-2 ini dilakukan
Peringkat ketiga bayaran (final)
Peringkat ini adalah peringkat terakhir bayaran apabila pelan telah diluluskan oleh pihak majlis. maka surat untuk memulakan kerja binaan boleh mula dilakukan.
Dokumen yang perlu disediakan oleh pemilik rumah yang ingin lakukan renovation ialah
1-Bil cukai tanah / bil cukai pintu terkini. (lihat gambar)
2-Dokumen perjanjian jual beli (S&P-lihat gambar)
3-2 salinan kad pengenalan
4-Borang F dan lampiran, lampiran ialah pelan lot rumah
5-Wang cagaran untuk Majlis,Alam Flora berbentuk cek/bank Draf atas nama Majlis dan Alam flora
5 perkara diatas yang pemilik rumah perlu sediakan.
Ini bermaksud kos yang pemilik rumah yang ingin buat renovation rumah ada 2 jenis iaitu
1-Bayaran untuk pelukis pelan/pelukis pelan berdaftar
2- (5-Wang cagaran untuk Majlis,Alam flora), wang cagaran majlis boleh dapatkan kembali setelah rumah selesai renovation dan mengikut syarat yang dipatuhi
Perkara dibawah adalah dokumen lengkap yang perlu disediakan oleh pemilik rumah yang hendak melakukan renovation rumah
1-gambar menunjukkan bil cukai pintu terkini
2-gambar menunjukkan bil cukai tanah terkini
3-gambar menunjukkan 2 salinan kad pengenalan
4-Gambar menunjukkan dokumen s&p ( copy perjanjian jual beli dari pemaju)
5-Gambar menunjukkan borang f dan lampiran lot tanah
6-cek/bank draf/deposit untuk majlis dan alam flora.
Gambar bahagian B dibawah ini pula dokumen lengkap/surat/pelan yang pihak saya sediakan untuk submission ke Majlis.
1-(check list)
2-surat dari arkitek
3-pelan A1
4-surat pelantikan dari arkitek kepada pihak saya untuk menjalankan kerja kerja submission pelan bagi pihak pemilik rumah
5-gambar rumah sebelum renovation dilakukan.
6-senarai kos/deposit yang perlu dikira jumlahnya untuk dibayar kepada majlis
7-lain lain surat menyurat yang saya perlu sediakan
Anda boleh lihat gambar check list yang ditunjukkan perkara-perkara yang perlu disediakan untuk proses penyedian pelan bagi renovation rumah.
Gambar bahagian C ini ialah, dokumen dan pelan yang telah diluluskan. proses kelulusan ini jika tiada masalah, hanya sehari, tapi jika Majlis tak puas hati, dan pelan perlu diubah mengikut komen mereka, tempoh maksimun yang kami uruskan untuk kelulusan ialah sebulan maksima.(kami buat kerja dengan pantas). saya tunjukkan juga contoh surat yang dikeluarkan oleh majlis jika mereka ada komen yang patut kami patuhi sebagai contoh pelan perlu ditambah tingkap atau grill.walaubagimanapun ini adalah masalah kecil, kami akan ubah mengikut kata mereka. dan seterusnya kelulusan dikeluarkan.
Cagaran boleh dapatkan semua setelah rumah siap dibuat renovation mengikut pelan. dalam masa renovation, pihak majlis akan datang melawat, dan ianya bukanlah satu masalah. setelah siap renovation, gambar rumah yang telah siap akan diambil dan ditunjukkan kepada majlis untuk mendapatkan semula wang cagaran.
p/s: cas yang dikenakan adalah berbeza bagi setiap kawasan