mobile no :0142405532 Maser

Email : maser@lukispelan.com


9
May

PERHATIAN : Artikel dibawah adalah renovation yang melibatkan penyediaan pelan dan di endorse oleh pelukispelan berdaftar dan jurutera. Bagi renovation biasa, anda hanya perlu ke Majlis dan membeli dokumen yang berbentuk buku (PELAN SETARA) dokumen tersebut menunjukkan standard plan yang anda perlu tandakan bahagian yang hendak ditambah contohnya tambahan dapur dan porch.

PERINGATAN: Tindakan pertama yang harus anda lakukan untuk tindakan lanjut ialah… sila ambil gambar depan dan belakang rumah (tepi jika rumah endlot/semi d).. bawa gambar tersebut berserta S&P/cukai tanah.. jumpa pegawai di bahagaian OSC atau bahagian bangunan, beritahu yang anda hendak lakukan renovation. dan tanya apa tindakan yang perlu diambil. samada beli dokumen pelan setara atau perlu melantik pelukispelan untuk uruskan, sesetengah majlis akan berikan senarai pelukis pelan yang anda boleh hubungi.

Artikel kali ini saya akan berikan maklumat terperinci dan tepat mengenai proses penyediaan pelan bagi renovation rumah untuk kelulusan pelan dari Majis Bandaraya Shah Alam. Bermula dari  January hingga May, terdapat 5 pemilik rumah yang mendapatkan khidmat saya di sekitar Selangor yang memerlukan kelulusan dari MBSA, sebenarnya terdapat banyak lagi projek saya untuk kelulusan dari Majlis lain, tapi saya akan ceritakan MBSA dahulu sahaja.

Kesemua penyediaan pelan rumah renovation ini adalah di kawasan perumahan Setia Alam. projek yang saya terima ini semuanya datang dari mereka yang memasuki laman weblog saya ini iaitu lukispelan.com.Pemilik rumah yang ingin mendapatkan khidmat penyediaan pelan bagi renovation rumah mereka menghubungi saya melalui telefon serta ada juga melalui email, setelah mereka menghubungi saya, perjumpaan pertama diaturkan di rumah yang hendak dibuat renovation. anda boleh melihat gambar dibawah

Peringkat pertama perjumpaan, pihak saya akan menerangkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam membuat renovation rumah, iaitu renovation perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam, kemudian pihak saya akan mendengar rekabentuk rumah yang pemilik rumah inginkan. Saya juga akan memberi panduan dan contoh-contoh rumah yang telah kami jalankan sebelum ini. semasa berada di rumah tersebut, pihak saya akan mengukur ruang rumah yang hendak ditambah, terdapat syarat yang perlu dipatuhi, antaranya. ruang yang hendak ditambah tidak melebihi 10 kaki dari sempadan lot rumah, pencahayaan, pengudaraan dan lain lain perkara yang akan diikuti.

Setelah selesai pebincangan mengenai bentuk rumah yang hendak dilakukan renovation, dan pemilik rumah juga bersetuju untuk melantik kami, kami akan berikan quotation yang dikenakan bagi perkhidmatan ini, terdapat 3 peringkat bayaran iaitu

Peringkat pertama bayaran
Apabila pemilik rumah bersetuju, mereka perlu memberi bayaran 1/3 dari jumlah keseluruhan untuk pihak saya memulakan kerja penyediaan pelan.

Peringkat kedua bayaran
Apabila pelan telah siap, saya akan tunjukkan pelan rumah dengan rekabentuk yang diinginkan, jika pemilik rumah hendak ubah, pihak saya akan ubah sehingga pemilik rumah berpuas hati. dan pada masa inilah pelan yang telah siap, pemilik rumah perlu menandatangan atas pelan. seterusnya bayaran peringkat ke-2 ini dilakukan

Peringkat ketiga bayaran (final)
Peringkat ini adalah peringkat terakhir bayaran apabila pelan telah diluluskan oleh pihak majlis. maka surat untuk memulakan kerja binaan boleh mula dilakukan.

Dokumen yang perlu disediakan oleh pemilik rumah yang ingin lakukan renovation ialah

1-Bil cukai tanah / bil cukai pintu terkini. (lihat gambar)
2-Dokumen perjanjian jual beli (S&P-lihat gambar)
3-2 salinan kad pengenalan
4-Borang F dan lampiran, lampiran ialah pelan lot rumah
5-Wang cagaran untuk Majlis,Alam Flora berbentuk cek/bank Draf atas nama Majlis dan Alam flora

5 perkara diatas yang pemilik rumah perlu sediakan.

Ini bermaksud kos yang pemilik rumah yang ingin buat renovation rumah ada 2 jenis iaitu
1-Bayaran untuk pelukis pelan/pelukis pelan berdaftar


2- (5-Wang cagaran untuk Majlis,Alam flora), wang cagaran majlis boleh dapatkan kembali setelah rumah selesai renovation dan mengikut syarat yang dipatuhi

Perkara dibawah adalah dokumen lengkap yang perlu disediakan oleh pemilik rumah yang hendak melakukan renovation rumah

1-gambar menunjukkan bil cukai pintu terkini
2-gambar menunjukkan bil cukai tanah terkini
3-gambar menunjukkan 2 salinan kad pengenalan
4-Gambar menunjukkan dokumen s&p ( copy perjanjian jual beli dari pemaju)
5-Gambar menunjukkan borang f dan lampiran lot tanah
6-cek/bank draf/deposit untuk majlis dan alam flora.

Gambar bahagian B dibawah ini pula dokumen lengkap/surat/pelan yang pihak saya sediakan untuk submission ke Majlis.
1-(check list)
2-surat dari arkitek
3-pelan A1
4-surat pelantikan dari arkitek kepada pihak saya untuk menjalankan kerja kerja submission pelan bagi pihak pemilik rumah
5-gambar rumah sebelum renovation dilakukan.
6-senarai kos/deposit yang perlu dikira jumlahnya untuk dibayar kepada majlis
7-lain lain surat menyurat yang saya perlu sediakan

Anda boleh lihat gambar check list yang ditunjukkan perkara-perkara yang perlu disediakan untuk proses penyedian pelan bagi renovation rumah.

Gambar bahagian C ini ialah, dokumen dan pelan yang telah diluluskan. proses kelulusan ini jika tiada masalah, hanya sehari, tapi jika Majlis tak puas hati, dan pelan perlu diubah mengikut komen mereka, tempoh maksimun yang kami uruskan untuk kelulusan ialah sebulan maksima.(kami buat kerja dengan pantas). saya tunjukkan juga contoh surat yang dikeluarkan oleh majlis jika mereka ada komen yang patut kami patuhi sebagai contoh pelan perlu ditambah tingkap atau grill.walaubagimanapun ini adalah masalah kecil, kami akan ubah mengikut kata mereka. dan seterusnya kelulusan dikeluarkan.

Cagaran boleh dapatkan semua setelah rumah siap dibuat renovation mengikut pelan. dalam masa renovation, pihak majlis akan datang melawat, dan ianya bukanlah satu masalah. setelah siap renovation, gambar rumah yang telah siap akan diambil dan ditunjukkan kepada majlis untuk mendapatkan semula wang cagaran.

p/s: cas yang dikenakan adalah berbeza bagi setiap kawasan

Category : pelanrumah

19 Responses to “Renovation rumah”


shahril May 12, 2011

Assalamualaikum. mohon bantuan saudara maser.

Saya ada rumah dua tingkat nk renovate bahagian dapur. nk anjak dapur ke belakang tambahan luas 12 x 13 kaki. then, bahagian atas dapur yg dianjak tu nk buat beranda. so bilik atas bahagian dapur td akan dipecah utk dijadikan living room dan berhubung dengan beranda tersebut. Boleh saudara maser estimate berape kos yg diperlukan. secara kasar. Terima kasih.

zulaikha August 16, 2011

As salam
sy plan nak wat rumah di kawasan paya jaras, keluasan tanah 30×80…
target dlm2012
budget dlm 200k
tak sure nak bina 1 tingkat or sebaliknyer

sy inginkan 4 bilik-& 3 bilik air
1 master(ada bilki air)-
2 bilik (bilik air kongsi) untuk anak2
1 bilik tetamu
2 kawasan ruang tamu
2 dapur(basah n kering
porch kereta & beranda…

selalu nyer pembinaan amik masa berapa lama?
senang ker nak apply loan?

senang beli umah da siap atau bina umah sendiri?

kabinet dapur termasuk ker?

maaf byk tanya yer…sy tak tahu yang mana bagus…

Ahmad Kamel August 17, 2011

Salam En. Maser,

Saya ada rumah di bandar tasik puteri, rawang. Design maple. corner lot 1 1/2 tingkat. 5 bilik, 2 bilik air. corner lot. tanah 35 x 80. binaan 28 x 60. tapi tiada bilik air di atas. saya cadang nak tambah satu bilik air di tingkat atas yang betul2 di atas bilik air master di bawah dan kena buat beam 3 batang.
saya juga cadang nak tambah saiz dapur yang melibatkan pecahkan dinding asal 10×10 kepada 15 x 13 dan ikat bata. tidak meliabtkan beam kerana sudah ada beam corridor.

Pertanyaan saya, berapa anggaran kos untuk tmabah satu bilik air di atas yang lengkapa dengan tandas dan sink serta tile sparuh dinding. berpa pula anggaran kos untuk membesarkan dapur lengkap dengan kabinet dapur yang biasa dan sederhana ?

Sekian, terima kasih

kontraktorcyber September 16, 2011

Terima kasih kerana melawat blog saya..

daone October 7, 2011

salam…
saya nk renovate pada april 2012 rumah di taman saga, ampang yang bersaiz 20′ x 70′…budget rm15k…

Ayuna October 11, 2011

Sy sdah beli rumah di antara gapi keluasan umah dalm 20-70, sy nk anjakn dapur sy dlm 10 kaki n nk buat tembok kiri kanan parking depn, dari dpt msuk sebuah kereta boleh msuk 2 buah….berapakah anggaran renovation itu

zainuddin abu bakar February 5, 2012

saya ada sebuah rumah banglo, bercadang menambah 4 unit bilik tidur dan 2 unit bilik air berkongsi 2 bilik tidur 1 bilik air, nak tanya berapa anggaran budget yang sesuai

ahmad marzuki March 20, 2012

renovate belakang rumah saya, anggaran 10 kaki dan lebar 18 kaki. nak letak jubin dan binaan tandas anggaran 6 kaki X 6 kaki. bumbung dan tembok separuh sudah ada. berapakah anggaran kos saya encik.

nor April 25, 2012

saya nak renovate ruma 18×65 di setia alam, targetnay nak bina cuti sekolah november tahun ini. budgetnya dalam rm 100k, renovation hanya di bahagian dapur (dry and wet kitchen), atap simen bahagian parking, wardrob bilik2, tq

wan azmi April 27, 2012

Assalamualaikum. En Maser.

Saya baru dapat kunci rumah. Rumah saya dua tingkat Taman Pelangi, Sentul Kuala Lumpur. Saya nak renovate bahagian dapur. nk anjak dapur ke belakang. Jadi nak besarkan atas dan bawah dalam 10 kaki kebelakang. Jadi dua bilik atas akan di anjak kebelanag manakala bilik bawah kekal pada asal. Boleh saudara maser estimate berape kos yg diperlukan. secara kasar. Terima kasih.

siti May 9, 2012

Salam..mahu sebutharga kerja2 berikut:

SKOP KERJA UBAHSUAI RUMAH

MEMBINA PORCH KERETA
a. Membina porch kereta (19 x 24 kps)

b. Bumbung seperti berikut:
i. Slap rata – simen konkrit

c. Lantai seperti berikut:
i. Tile 1 x1 (standard) – kawasan tambahan

MEMBINA GATE
a. Meruntuhkan tiang gate sedia ada
b. memasang lampu porch
c. Membina tiang gate baru (peti surat)
d. Membina Gate
i. Besi biasa (bukan WI)

MEMBINA SEMULA STRUKTUR BUMBUNG
Membaiki struktur bumbung baru:
i. Bentuk bumbung bersiku (bentuk A)
ii. Binaan longkang air (tepi bumbung)
iii. Plaster simen pada tepi bumbung (bahagian yang tidak ada)

MEMBAIKI BILIK TIDUR (3BILIK)
Menukar pintu:
i. Pintu kayu (bersyelek)
ii. Tombol biasa (standard)
iii. Cat undercoat
iv. Cat pintu – warna putih (pearl white)

Memasang tingkap sliding
Memasang grill
Memasang tiles (1×1) -standard tiles RM2.50 sekeping
Memasang rail curtain

Point elektrik:
i. Lampu (1 unit)
ii. Kipas ( 1unit)
iii. Air cond ( 1 unit)
iv. Power (2 unit)

MEMBAIKI BILIK AIR (2 BILIK AIR)
Mengetuk dan membuang toilet bowl & sinki lama & bath tub
Memasang tiles (tiles utk bilik air)
Memasang toilet bowl & sinki baru
Memasang water heater
Memasang kipas alir udara
Memasang paip air
Memasang pintu bilik air (jenis folding -berlipat)

MEMBAIKI DAPUR
Lantai tile (standard)
Tile dinding
Memasang rail curtain

Tabel top
i. Singki dan paip
ii. Lubang untuk dapur
iii. Pendawaian elektrik

Lampu (2 unit) – tmsuk lampu sebelah luar
Plug (3 unit)
Menukar tingkap nako
Memasang grill untuk tingkap dan pintu
Menukarkan pintu -Pintu kayu cantik (kualiti atas meranti 1 unit)

MEMBAIKI RUANG TAMU DAN RUANG MAKAN

Menukar grill (wrought iron)
Sliding door
Memasang rail curtain
Memasang plaster ceiling
Memasang lampu
Plug utk tv
Memasang kipas (2 unit)

MENGECAT KESELURUHAN RUMAH

yusof May 22, 2012

salam, saya nak tau prosedur untuk buat renovation kalau guna loan kerajaan, Berapakah lama masa untuk proses loan? Setelah saya dapat sebut harga dari kontraktor apa lagi yang perlu buat? Kontraktor yg saya pilih tak pernah urukan loan kerajaan. harap tuan dapat membantu

mazni binti mokhtar June 13, 2012

Assalamualaikum..

sy nk tny..sy nk extend dapur..besarny 20 x 18
atap biase..tiles..
bape kos?

tq..

AZHARI BIN ZAINAL June 15, 2012

Salam …

Saya nak tanya …. Saya ada beli rumah di Batang Kali, Jln Mahagoni …. Teres 2 tingkat

Saya cadang nak sambung atas dan bawah dalam 20 x10 kaki dan tambah 2 bilik air (atas/bawah)

.. berapa kosnya

Bahrin Masduki September 3, 2012

saya nak buat renovation tapi dokumen>>> S&P saya dah hilang.. apa dokumen yang boleh diganti ataupun di mana saya boleh dapatkan salinan… rumah dah lama +-35 tahun. MDP Kajang.

Yanty September 5, 2012

Assalamualaikum…
Saya nak buat renovation rumah 40 x 8 rumah endlot di bukit naga, shah alam..dijangka rumah siap pada februari 2012..budget saya dalam 30k..

berapa kos bayaran untuk perunding?

Ameng September 10, 2012

Salam alaik….

Saya ada pertanyaan tentang ubahsuai rumah….

Saya ada satu rumah flat kos rendah bersaiz 486sqft di kawasan Batu Caves. 2bilik 1 bilik air. Saya bercadang nak beli rumah flat sebelah untuk disambung jadi satu rumah yang lebih luas. Persoalannya…

1) perlu ke mendapat kebenaran majlis daerah?
2) berapa harga nak pasang tiles untuk satu rumah 486sqft tu? rumah saya skrg dah ada tiles.
3) kos nak pecah dinding sebab nak sambung and kos pecah bilik umah sebelah dan ubah jadi bilik lain.

harap pihak tuan dapat menjawab beserta anggaran harga. terima kasih banyak2~~~!!

aicondesign February 4, 2013

Salam. Kami AICONDESIGN syarikat perunding yang menyediakan khidmat bagi Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dari PBT (MBSA MPSJ MBPJ MPAJ MPKJ DBKL & MPSepang). Harga pelan yang berpatutan (50% diskaun) bagi pelanggan yang menggunakan Pakej Design & Build.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi 0122282866 / 0123306943. Email : aicondesign@yahoo.com (site view)

Roslan February 7, 2013

Salam tuan. Satu maklumat yang amat berharga. Anywhere sekiranya pihak tuan memerlukan khidmat Jurutera C&S bolehlah berhubung dengan saya h/p no. 0193509465.