mobile no :0142405532 Maser

Email : maser@lukispelan.com


23
Apr

Kepada Individu dan usahawan yang berminat memulakan, karier sebagai pemaju / pemain industri hartanah, Pemaju-pemaju yang berhasrat memantapkan ilmu, dalam sektor hartanah, Profesional-profesional yang berurusan dengan industri hartanah, Ahli akademik, lepasan sekolah dan universiti serta, pelajar-pelajar yang berkaitan

Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan telah menjalin kerjasama dengan Maka Corporation Sdn Bhd untuk menganjurkan ‘Kursus Pemajuan Hartanah Perumahan (Asas).

HOTEL QUALITY, JALAN RAJA LAUT, KUALA LUMPUR 4-5 JULAI 2012

PENGENALAN
Sebagai menyokong hasrat kerajaan untuk menjadikan, Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dengan penekanan terhadap aspek keusahawanan,Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, USM telah menjalin kerjasama dengan Maka Corporation Sdn Bhd untuk menganjurkan’Kursus Pemajuan Hartanah Perumahan (Asas)’ bagi membimbing para peserta menerokai sektor hartanah perumahan. Dari pengalaman menjayakan empat (4) siri kursus yang sama sebelum ini, modul kursus kali ini telah dikemaskini dari segi subjek serta pendekatan pengajarannya. Sistem pengajaran secara ‘teach-in approach’ dan teratur akan digunakan di samping mengekalkan sistem ‘mentor’ yang banyak membantu peserta sebelum ini.

OBJEKTIF
Memberi pendedahan kepada peserta tentang kerjaya dalam sektor hartanah
- Memberikan bimbingan dan tunjuk-ajar kepada individu yang ingin menerokai sektor hartanah
- Menyampaikan maklumat dan penambahbaikan terkini dasar-dasar kerajaan serta data statistik tentang sektor hartanah Malaysia
- Membimbing peserta untuk mendalami aspek perolehan tanah, pengurusan kewangan dan juga pemasaran
-Mengenalpasti sumber-sumber kewangan luaran
-Menambah pengetahuan dan idea tentang industri hartanah perumahan di Malaysia

BARISAN PENCERAMAH
Prof. Madya Sr Dr. Mastura Binti Jaafar
Merupakan seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia yang berpengalaman dalam industri pembinaan dan pengurusan projek.Terkini, beliau sedang melaksanakan kajian berkaitan pengalaman dan kejayaan pemaju perumahan di Malaysia.

Tuan Haji Wan Mohd Dzulkifli Bin Wan Daud
Pengarah Urusan Maka Corporation Sdn Bhd yang telah berpengalaman melaksanakan pelbagai jenis projek perumahan sejak tahun 1989. Beliau juga merupakan Mantan Pengerusi REHDA cawangan Kelantan dan telah terlibat dalam melahirkan ramai usahawan-usahawan dalam industri hartanah di seluruh negara.

Tuan Haji Mohammad Sahar Bin Mat Din
Penyandang ‘Tokoh Usahawan Belia Negeri Selangor’ tahun 1999 ini juga merupakan seorang usahawan hartanah yang berjaya dan menerajui Bulatan Mekar Sdn Bhd. sebagai pengarah urusan. Di samping itu, beliau sekarang berperanan sebagai Presiden Persatuan Pemaju Hartanah Bumiputera Selangor.

Penceramah-penceramah jemputan yang lain dari Universiti Sains Malaysia (USM), Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT), institusi kewangan dan beberapa pemaju perumahan yang berpengalaman juga akan turut
diundang.

Berikut adalah Syed Putra Bin Syed Abu Bakar Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan Universiti Sains Malaysia memberikan artikel mengenai program yang di anjurkan:

Kejayaan ramai usahawan hartanah seperti Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal Abu Bakar (MK Land Holdings Berhad), Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay (YTL Corporation Berhad), Tan Sri Dato’ Seri Dr. Jeffrey Cheah Fook Ling (Sunway Group) dan Tan Sri Dato’ Sri Leong Hoy Kum (Mah Sing Group Berhad) ternyata menjadi inspirasi buat pendatang baharu dalam industri yang penuh mencabar ini. Demi menyahut seruan kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan telah menjalin kerjasama dengan Maka Corporation Sdn Bhd untuk menganjurkan ‘Kursus Pemajuan Hartanah Perumahan (Asas)’ pada 4 – 5 Julai 2012 di Hotel Quality, Kuala Lumpur.

Antara intipati utama program ini adalah untuk melatih dan memberi pendedahan kepada pemain-pemain industri dan pencebur-pencebur baahru yang berminat untuk mewarnai sektor hartanah perumahan di Malaysia. Para peserta akan diberi maklumat terkini tentang isu-isu semasa dan dasar-dasar terkini dalam bidang pemajuan hartanah perumahan. Selain itu, input-input berkaitan pembentukan firma, perolehan tanah dan modal serta panduan asas membina kerjaya sebagai pemaju perumahan di Malaysia akan dibincangkan dengan lebih mendalam sepanjang 2 hari kursus berjalan.

Oleh yang demikian, adalah diharapkan tuan / puan mengambil peluang keemasan ini untuk menyertai program yang berilmiah dan penuh manfaat ini. Bagi memberi nilai tambah kepada kursus yang dianjurkan ini, inisiatif untuk mendapatkan mata CPD / CCD dari badan-badan profesional seperti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Lembaga Arkitek Malaysia (BAM), Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP), Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH) dan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (BQSM) sedang diusahakan.

disertakan brosur kursus untuk rujukan dan tindakan lanjut pihak tuan / puan. Mohon kerjasama tuan / puan untuk memajukan dan menyebarkan informasi berkaitan kursus ini kepada kenalan dan rakan sekerja yang berpotensi. Sebarang pertanyaan yang berkaitan, tuan / puan bolehlah menghubungi saya di talian 013-9992404 (Syed Putra) untuk mendapatkan keterangan lanjut. Semoga usaha murni ini akan dapat membantu Malaysia mencapai kemajuan yang lebih bermakna pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Syed Putra Bin Syed Abu Bakar
Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan
Universiti Sains Malaysia

Untuk muatturun brochure seperti dibawah, sila klik link yang diberikan

link download —klik sini—> brochure
(klik dan save dalam folder komputer anda, dan unzip file usm.zip tersebut)

brochure

KURSUS PEMAJUAN HARTANAH PERUMAHAN (ASAS)

Category : pemajuperumahan

3 Responses to “KURSUS PEMAJUAN HARTANAH PERUMAHAN (ASAS)”


muhamad April 11, 2013

bile kursus untuk tahun untuk kursus pemaju hartanah

yahya mohamad June 10, 2013

ingin mengikuti kursus tersebut

MOHD ZAHARI BIN BAHRI June 18, 2013

Saya berminat untuk mengikuti kursus Pemaju Perumahan.
Bila akan di adakan lagi…. Please email me at punca_karisma@yahoo.com