mobile no :0142405532 Maser

Email : maser@lukispelan.com

Archive for September, 2012

10
Sep

Tarikh pada 28-29 Nov di tukar ke 21 – 22 Nov 2012 (sila baca pemberitahuan di bawah)

Dari:Syed Putra Bin Syed Abu Bakar
Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan
Universiti Sains Malaysia

Atas sambutan yang begitu memberangsangkan terhadap penganjuran kursus
bagi siri yang lepas (diadakan pada 4 – 5 Julai 2012), Universiti Sains
Malaysia (USM)
melalui Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan
Perancangan telah menjalin kerjasama dengan Maka Corporation Sdn Bhd
untuk sekali lagi menganjurkan ‘Kursus Pemajuan Hartanah Perumahan
(Asas)’ pada 28 – 29 November 2012 di Hotel Citrus, Kuala Lumpur.
Penganjuran program ini juga seiring dengan seruan kerajaan bagi

menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi di
samping melahirkan lebih ramai usahawan hartanah yang berjaya seperti
Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal Abu Bakar (MK Land Holdings Berhad),
Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong , Lay (YTL Corporation Berhad), Tan
Sri Dato’ Seri Dr. Jeffrey Cheah Fook Ling (Sunway Group) dan Tan Sri
Dato’ Sri LeongHoy Kum (Mah Sing Group Berhad) supaya menjadi inspirasi
buat pendatang baharu dalam industri yang penuh mencabar ini.

Antara intipati utama program ini adalah untuk melatih dan memberi
pendedahan kepada pemain-pemain industri dan pencebur-pencebur baahru
yang berminat untuk mewarnai sektor hartanah perumahan di Malaysia.
Para peserta akan diberi maklumat terkini tentang isu-isu semasa dan
dasar-dasar terkini dalam bidang pemajuan hartanah perumahan. Selain
itu, input-input berkaitan pembentukan firma, perolehan tanah dan modal
serta panduan asas membina kerjaya sebagai pemaju perumahan di Malaysia
akan dibincangkan dengan lebih mendalam sepanjang 2 hari kursus
berjalan.

Oleh yang demikian, adalah diharapkan tuan / puan dapat mengambil
peluang keemasan ini untuk menyertai program yang berilmiah dan penuh
manfaat ini. Bagi memberi nilai tambah kepada kursus yang dianjurkan
ini, inisiatif untuk mendapatkan mata CPD / CCD dari badan-badan profesional
seperti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB),
Lembaga Arkitek Malaysia (BAM),Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP),
Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Lembaga Penilai,
Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH) dan Lembaga Juruukur Bahan
Malaysia (BQSM) sedang diusahakan. Sebagai rujukan bersama, mata CPD /
CCD yang diperoleh untuk siri kursus yang lepas adalah sepertimana
berikut: CIDB (20 mata), LPPEH (10 mata), BQSM (6 mata), MIP (4 mata),
BAM (3 mata) dan BEM (3 mata)
. Sesungguhnya, kami percaya kursus pada
kali ini juga akan dikuniakan nilai mata yang sama berpandukan isi
kandungan kursus yang setara dengan edisi yang lepas.

Dibawah adalah link download brosur kursus untuk rujukan dan tindakan
lanjut anda yang ingin menyertai.Sebarang pertanyaan yang berkaitan,
tuan / puan bolehlah menghubungi Syed Putra Bin Syed Abu Bakar di
talian 013-9992404
untuk mendapatkan keterangan lanjut.

DOWNLOAD BROSUR KURSUS

MAKLUMAN PERTUKARAN TARIKH KURSUS

Tuan / Puan,

Di maklumkan, pihak Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan dengan kerjasama Maka Corporation Sdn Bhd akan menganjurkan satu program ilmiah bertajuk ‘Kursus Asas Pemajuan Hartanah Perumahan’. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti penganjuran Persidangan UMNO yang akan bermula daripada 27 November 2012 hingga 1 Disember 2012 yang hakikatnya bertindih dengan tarikh asal program ini, pihak kami telah membuat keputusan untuk menukar tarikh kursus dengan mempercepatkannya ke 21 – 22 November 2012. Namun begitu, lokasi program masih dikekalkan iaitu di Hotel Citrus, Kuala Lumpur.

Bersama-sama email juga di lampirkan brosur terkini program tersebut untuk rujukan pihak tuan / puan. Sila majukan informasi (brosur) ini kepada rakan-rakan tuan / puan yang berminat dan berpotensi. Untuk keterangan lanjut, tuan / puan boleh menghubungi saya (Syed Putra) di talian 013-9992404.

Sekian, terima kasih dan harap maklum.

Syed Putra Syed Abu Bakar
Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan
Universiti Sains Malaysia

P/S: Dapatkan juga salinan brosur di link berikut (DOWLOAD BROSUR TERBARU).

Category : perumahan | Blog