Call Us : 014-2405532 : Maser
Email : maser@lukispelan.com
Tue, 24th April, 2012 - Posted by - (0) Comment
Status kelulusan: Telah mendapat kelulusan dari MBSA dan permit kerja pembinaan telah dikeluarkan.:

Status Pembinaan:Telah mula bina pada 16 April 2012

![]()
Bahagian 1 Kronologi Projek Rumah Banglo Di Perdana height U10
PROJEK:CADANGAN MEROBOH DAN MEMBINA SEMULA BAGI SEBUAH RUMAH BANGLO 1 TINGKAT KEPADA 3 TINGKAT DI ATAS LOT 57742 NO.54 , JALAN PULAU ANGSA U 10/2, PERDANA HEIGHT , SEKSYEN U10 , 40170 SHAH ALAM ,
SELANGOR DARUL EHSAN.
KONTRAKTOR : DIMENSI BUILDERS SDN.BHD (DESIGN AND BUILD)
Kronologi projek bagi pembinaan rumah banglo 3 tingkat di Perdana Height ini, penulis akan ceritakan bermula dari awal perbincangan dengan pemilik rumah mengenai rekabentuk yang dikehendaki, proses penyediaan pelan bagi untuk kelulusan pihak berkuasa yang terlibat seterusnya peringkat pembinaan rumah dari awal hingga siap dibina. melalui kronologi ini, kita boleh lihat tempoh jangkamasa yang diambil serta perkara yang perlu dilalui dalam permohonan kelulusan pelan dari pihak berkuasa. Untuk projek ini, MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM yang bertanggungjawab mengeluarkan kelulusan plan.
saya mendapat email dari pemilik rumah pada 4-4-2011 yang menyatakan hasrat beliau untuk membina rumah banglo 3 tingkat di Perdana Height. setelah pihak saya iaitu dimensi builders membuat perjumpaan dan lawatan tapak, beliau sebenarnya telah membeli rumah dari pemaju perumahan dengan keluasan lot tanah agak luas untuk dibina banglo yang lebih besar dari rumah asal. Apa yang dikehendaki oleh pemilik rumah ialah, meroboh rumah asal 1 tingkat, menjadikan 3 tingkat.
Setelah beberapa siri perjumpaan, perbincangan rekabentuk yang di ingini oleh pemilik rumah, gambar dibawah adalah rekabentuk rumah yang dipersetujui. dalam proses merekabentuk banglo 3 tingkat ini, terdapat beberapa pihak dari dalam kumpulan kami sendiri terlibat dalam rekabentuk terakhir sebelum pelan dikeluarkan untuk submission.
Semakan telah dibuat di MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM.Untuk mendapatkan kelulusan pelan bagi banglo ini, perkara dibawah perlu diadakan dahulu.
1-Survey plan
2-semakan samada perlu membuat permohonan merancang ( untuk banglo ini, tidak perlu)
3-kelulusan dari IWK
4-Pelan Arkitek
5-Pelan engineer
6-Insuran perlindungan Awam (diperlukan kerana kerja meroboh)
SURVEY PLAN
Survey plan ialah pelan yang menunjukkan keadaan lot tanah, untuk mendapatkan survey plan ini, perlu melantik syarikat land surveyor bagi melakukan kerja kerja tersebut. Bagi projek membina rumah banglo khasnya, pelan surveyor penting kerana ianya menunjukkan keluasan sebenar lot tanah, keadaan mukabumi, objek objek yang sediaada seperti, jalan, parit, rumah dan perkara/objek yang sediada dilot tanah dan sekelilingnya. melalui pelan ini juga, arkitek, engineer, perancang bandar/town planner akan mula merekabentuk rumah berdasarkan keadaan dan keluasan lot tanah, untuk projek banglo ini, gambar dibawah adalah pelan surveyor bagi lot tersebut.
Bersambung bahagian 3-Kronologi Projek Rumah Banglo Di Perdana height U10 (klik sini untuk ke bahagian 3)