Call Us : 014-2405532 : Maser

Email : maser@lukispelan.com

lukispelan.com & architect8.com

architect8.com, menyediakan pelbagai jenis pelan rumah dengan setiap satunya berbeza rekabentuk dan konsep, ini memberi banyak pilihan pada mereka untuk memilih rekabentuk pelan rumah yang dibayangkan. Kesemua pelan yang disediakan adalah dibawah hakcipta pemilik architect8, ini bermaksud,pelan yang disediakan perlu mendapat kebenaran dari architect8 samada membeli atau mengupah beliau untuk melakukan design untuk anda dengan cas yang anda boleh nego dengan architect8.com. Kesemua pelan rumah yang disediakan adalah pelan perspektif berwarna yang mengandungi pelan dan elevation.

Pelan rumah tersebut tidak boleh digunakan untuk submission. Jika anda ingin gunakan pelan rumah yang disediakan oleh architect8 untuk submission, ianya perlu di convert dengan menjadikan pelan bagi sumbmission. Maka disinilah fungsi saya, iaitu menyediakan pelan bagi submission dan construction.untuk pemahaman mudah kerjasama antara lukispelan.com dan architect8 ialah, anda memilih design rumah yang di ingankan. Kemudian pelan yg dipilih diserahkan pada saya untuk proses submission.

Kemungkinan pelan dari architect8 anda hendak lakukan sedikit perubahan mengikut citarasa anda, ini tidak menjadi masalah, pihak saya boleh lakukan kehendak anda hingga berpuas hati dengan rekabentuk pelan rumah yang di ingini.Manakala, jika rekabentuk yang anda inginkan tidak terdapat dalam architect8, dan anda mempunyai idea sendiri atau khidmat pihak saya sendiri anda inginkan untuk merekabentuk rumah banglo anda, pihak saya dari lukispelan.com yang terdiri dari arkitek, consultant engineer [saya dari consultant enginer] dan kontraktor bersediakan adakan pertemuan dengan anda untuk perbincangan lanjut.

Gambar dibawah adalah screenshot dari web architect8.com


17 Responses to “lukispelan.com & architect8.com”


hana January 3, 2011

assalamualaikum…..
saya hendak bertanya, pelan rumah yang dijual, siap sekali dengan pelan struktur ke?

admin January 21, 2011

tidak, architect8.com menyediakan pelan arkitek, manakala lukispelan.com menyediakan khidmat kelulusan pelan hingga construction.. berbeza…. anda boleh memilih design dari architect8.com untuk perancangan..

tq
Maser

nana February 9, 2011

salam..

kalau nak buat pinjaman perumahan kerajaan, pelan yg en maser cadangkan tu adakah boleh submit ke BPP utk kelulusan pinjaman? mcm mane dgn charges yg dikenakan?

ZATI February 25, 2011

salam…
saya nk tanya lah bagaimana prosedur yang perlu dilakukan sebelum rumah dibina?

ida May 30, 2011

saya bercadang nak buat rumah di kampung daerah kota tinggi,johor pada hujung thun ini.
budget rumah termasuk kos buruh = RM50 000
saiz rumah 20×70
3 bilik+2bilik air
boleh cadangkan tak plan rumah mcmner yang sesuai?
plan rumah termasuk plan elektrikal ke??

WANA July 18, 2011

abang saya bercadang hendak membuat rumah banglo dua tingkat di daerah Segamat dalam anggaran RM300,000..Dia bercadang hendak memulakan pembinaan tersebut hujung bulan ini..
Bagaimana saya hendak mendapatkan reka bentuk atau pelan untuk rumah banglo dua tingkat konsep moden?

aisyah July 23, 2011

rumah henadak di bena di sebuah tanah lot …kami sudah pn menpunyai plan..akibat dari masalah kewangan..projek untuk membina rumah ini telah terbaenkalai…selama 5 tahun…apabila plan di kemukakan di pejabat tanah..plan tersebut tidak lagi boleh digunakan…kerana tarikh yang agak lama…adakah saya perlu buat plan baru atau..bagai mana saya perlu megurangkn kos …kerana membuat pln baru memakn belanja hampir 2 ribu..itu blum lagi kos lain…adakah plan tersebut boleh digunakan lagi……………bjet rumah yang hendak dibina kurang dr 100k….akibat dr masalah plan ini pnjaman perumahan yg hendak di pohon tidak dapat di lakukan……….

Eby October 23, 2011

Assalamualaikum,

1. Sy ingin bina rumah berdekatan dgn airport kuantan.
2. Target awal atau tgh tahun 2012.
3. Budget rm300k.

Info: luas tanah approx 18000sqft.

wanie ayie November 12, 2011

salam..

kalau nak buat pinjaman perumahan kerajaan, pelan yg en maser cadangkan tu adakah boleh submit ke BPP utk kelulusan pinjaman?
mcm mane dgn charges yg dikenakan?

(soalan yang sama dengan zati :) )

wanie ayie November 12, 2011

salam..

kalau nak buat pinjaman perumahan kerajaan, pelan yg en maser cadangkan tu adakah boleh submit ke majlis perbandaran utk kelulusan pinjaman dan terus ke bpp?
mcm mane dgn charges yg dikenakan oleh pelukis pelan+arkitek? (atau jika ada lain2 caj)

(soalan yang lebih kurang sama dengan zati :) )
tqvm

wan November 24, 2011

Saya ingin membina rumah 2 tingkat di Kg Abu Bakar Baginda awal 2012. Budget rm250000. Bolehkan budget sedemikian dibina rumah 7 bilik, ( atas 5 bawah 2 ) dengan rumah berkonsep moden atau adakah apa-apa cadangan dari en maser?

imah December 11, 2011

rumah yang ingin dibina – rumah kampung setingkat 5 bilik di kawasan felda, Kota Tinggi. Budget 150K termasuk upah. Target April 2012. Atap zink industri. setakat mana kemasan yg boleh dibuat

shahrul December 11, 2011

salam…ingin membina rumah 2 tingkat konsep moden tropika di kg melayu, JB. budget rm250k. Saiz tanah 80×132..
Tkasih….

earliany December 15, 2011

salam.
saya nk bina rumah 1 tingkat (4 bilik) di ayer hitam batu pahat johor pada bln mac 2012 berharga dlm 200k..

Siti February 16, 2012

A.salam Tuan maser

salam..

kalau nak buat pinjaman perumahan kerajaan, pelan yg en maser cadangkan tu adakah boleh submit ke majlis perbandaran utk kelulusan pinjaman dan terus ke bpp?
mcm mane dgn charges yg dikenakan oleh pelukis pelan+arkitek? (atau jika ada lain2 caj)

(soalan yang lebih kurang sama dengan Wani ayie )

terimakasih.

azlina mohamad tahir March 28, 2012

salam.. saya ada tanah lot di mukim kota lama kanan kuala kangsar perak… keluasannya 54 ‘ x 104 ‘. Sasaan nak bina rumah pada hujung tahun ini dan anggaran dalam 200 ribu keatas.Saya nak tanye… saya ingin membina sebuah banglo dan saya ingin membeli pelanbanglo yang di jual dalam internet. tetapi masalahnya pelan itu tidak boleh terus dihantar ke PBT sebab ia kena mendapat tandantangan pelukis pelan. Adakah pihak tuan boleh buat untuk kelulusan PBT dan berapa harga yang saya perlu bayar memandangkan pelan sudah siap di beli. Satu lagi lot tanah saya berada pada corner lot daa kalau pelan yang saya beli tue rumah banglo itu berkeluasan 40′ x 50′ adakah ia akan di luluskan oleh PBT, kerana menurut pengetahuan saya kalau bina rumah kena tinggal tepi 10 ‘. Terima kasih.

Nor affizal March 28, 2012

Bina kelantan, 2013, 400-450k. Rumah satu tingkat setengah memanjang depan



PERHATIAN:

setiap pertanyaan anda perlu beritahu saya
1-dimana rumah nak dibina
2-target bila nak bina rumah
3-budget anda

3 perkara atas sangat penting bagi saya untuk buat anggaran kos penyediaan pelan dan construction