Call Us : 014-2405532 : Maser

Email : maser@lukispelan.com

Pembinaan rumah banglo di Gombak bernilai RM700k

Mon, 10th October, 2011 - Posted by Maser | (0) Comment

Pembinaan banglo ini akan dijalankan pada tahun 2012, pada masa sekarang proses submission plan ke pihak berkuasa sedang dijalankan. untuk pembinaan banglo ini, pelan kebanaran merancang yang disediakan oleh perancang bandar perlu dilakukan dahulu sebelum pelan bangunan dari arkitek serta pelan jurutera (r.c/structure). .. akan bersambung

Category : Uncategorized

Pakej pinjaman perumahan, ubahsuai dan pembinaan

Sat, 8th October, 2011 - Posted by Maser | (20) Comment

Pakej pinjaman perumahan, ubahsuai dan pembinaan

hubungi saya sendiri : maser 014 2405532, perjumpaan boleh diadakan di pejabat

Nama syarikat
Dimensi Builders
No 42A Jalan Bayu Tinggi 2A/KS 6
Batu Unjur, 41200 Klang
Selangor Darul Ehsan

Pkk class c, CIDB G5

Pihak kami menawarkan pakej pinjaman perumahan, ubahsuai dan pembinaan bagi kawasan selangor dan wilayah persekutuan khas kepada kakitangan kerajaan, pembiayaan adalah 100% debgab caj interest yang sangat rendah, bayaran bulanan yang sangat murah dengan pinjaman perumahan, ubahsuai dan pembinaan yang kami tawarkan, kadar pembiayaan yang tinggi sehingga RM360k, urusan permohonan adalah 100% dibantu oleh syarikat.

Kepada mereka yang mengalami masalah blacklist,ccris,ctos adalah layak lulus dengan pinjaman perumahan, ubahsuai dan pembinaan yang kami tawarkan, syarikat kami iaitu Dimensi builders yang bertempat diBatu Unjur, 41200 Klang. Memberikan khidmat rundingan profesional, mudah dan pantas, yuran guaman percuma, yuran arkitek percuma, bayarn pihak berkuasa tempatan percuma serta tawaran hadian percuma disediakan sehingga 10k.

Keistimewaan serta jaminan syarikat kami adalah berdaftar dengan pusat khidmat kontraktor (pkk) klas c dan CIDB, sila lihat gambar siijil dibawah

kami berpengalaman luas dalam kerja0kerja pemgubahsuian dan pembinaan rumah,mempunyai mutu kerja yang tinggi dan baik.jaminan mutu kerja mencapai kepuasan hati pelanggan kami (lihat gambar renovation yang pernah kami lakukan)

Category : Uncategorized

Renovation rumah

Mon, 9th May, 2011 - Posted by Maser | (7) Comment

Artikel kali ini saya akan berikan maklumat terperinci dan tepat mengenai proses penyediaan pelan bagi renovation rumah untuk kelulusan pelan dari Majis Bandaraya Shah Alam. Bermula dari  January hingga May, terdapat 5 pemilik rumah yang mendapatkan khidmat saya di sekitar Selangor yang memerlukan kelulusan dari MBSA, sebenarnya terdapat banyak lagi projek saya untuk kelulusan dari Majlis lain, tapi saya akan ceritakan MBSA dahulu sahaja.

Kesemua penyediaan pelan rumah renovation ini adalah di kawasan perumahan Setia Alam. projek yang saya terima ini semuanya datang dari mereka yang memasuki laman weblog saya ini iaitu lukispelan.com.Pemilik rumah yang ingin mendapatkan khidmat penyediaan pelan bagi renovation rumah mereka menghubungi saya melalui telefon serta ada juga melalui email, setelah mereka menghubungi saya, perjumpaan pertama diaturkan di rumah yang hendak dibuat renovation. anda boleh melihat gambar dibawah, saya dan rakan sekerja bersama pemilik rumah melakukan perjumpaan di rumah yang hendak dilakukan.

Peringkat pertama perjumpaan, pihak saya akan menerangkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam membuat renovation rumah, iaitu renovation perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam, kemudian pihak saya akan mendengar rekabentuk rumah yang pemilik rumah inginkan. Saya juga akan memberi panduan dan contoh-contoh rumah yang telah kami jalankan sebelum ini. semasa berada di rumah tersebut, pihak saya akan mengukur ruang rumah yang hendak ditambah, terdapat syarat yang perlu dipatuhi, antaranya. ruang yang hendak ditambah tidak melebihi 10 kaki dari sempadan lot rumah, pencahayaan, pengudaraan dan lain lain perkara yang akan diikuti.

Setelah selesai pebincangan mengenai bentuk rumah yang hendak dilakukan renovation, dan pemilik rumah juga bersetuju untuk melantik kami, kami akan berikan quotation yang dikenakan bagi perkhidmatan ini, terdapat 3 peringkat bayaran iaitu

Peringkat pertama bayaran
Apabila pemilik rumah bersetuju, mereka perlu memberi bayaran 1/3 dari jumlah keseluruhan untuk pihak saya memulakan kerja penyediaan pelan.

Peringkat kedua bayaran
Apabila pelan telah siap, saya akan tunjukkan pelan rumah dengan rekabentuk yang diinginkan, jika pemilik rumah hendak ubah, pihak saya akan ubah sehingga pemilik rumah berpuas hati. dan pada masa inilah pelan yang telah siap, pemilik rumah perlu menandatangan atas pelan. seterusnya bayaran peringkat ke-2 ini dilakukan

Peringkat ketiga bayaran (final)
Peringkat ini adalah peringkat terakhir bayaran apabila pelan telah diluluskan oleh pihak majlis. maka surat untuk memulakan kerja binaan boleh mula dilakukan.

Dokumen yang perlu disediakan oleh pemilik rumah yang ingin lakukan renovation ialah

1-Bil cukai tanah / bil cukai pintu terkini. (lihat gambar)
2-Dokumen perjanjian jual beli (S&P-lihat gambar)
3-2 salinan kad pengenalan
4-Borang F dan lampiran, lampiran ialah pelan lot rumah
5-Wang cagaran untuk Majlis,Alam Flora berbentuk cek/bank Draf atas nama Majlis dan Alam flora

Hanya 5 perkara diatas yang pemilik rumah perlu sediakan, dan tidak perlu pening kepala memikirkan hal lain, kerana proses yang lain kami yang akan jalankan, pemilik rumah hanya perlu sediakan 5 perkara diatas sahaja

Ini bermaksud kos yang pemilik rumah yang ingin buat renovation rumah ada 2 jenis iaitu
1-Bayaran khidmat saya


2- (5-Wang cagaran untuk Majlis,Alam flora), wang cagaran majlis boleh dapatkan kembali setelah rumah selesai renovation dan mengikut syarat yang dipatuhi

Bayaran perkhidmatan saya tertakluk pada jenis rumah, jenis rekabentuk dan lain lain faktor, secara puratanya RM3k hingga RM5k. jika ianya melibatkan pengesahan arkitek, murah sikit, tapi kalau melibatkan jurutera, kena la tambah sikit. kalau sekadar tambah dapur belakang, tambah depan sikit, ianya hanya melibatkan pelan arkitek, tapi kalau renovation itu ditambah jadi 2 tingkat, ada flat roof maka pelan jurutera diperlukan.

Gambar bahagian A dibawah adalah dokumen lengkap yang perlu disediakan oleh pemilik rumah yang hendak melakukan renovation rumah

1-gambar menunjukkan bil cukai pintu terkini
2-gambar menunjukkan bil cukai tanah terkini
3-gambar menunjukkan 2 salinan kad pengenalan
4-Gambar menunjukkan dokumen s&p ( copy perjanjian jual beli dari pemaju)
5-Gambar menunjukkan borang f dan lampiran lot tanah
6-cek/bank draf/deposit untuk majlis dan alam flora.

Gambar bahagian B dibawah ini pula dokumen lengkap/surat/pelan yang pihak saya sediakan untuk submission ke Majlis.
1-(check list)
2-surat dari arkitek
3-pelan A1
4-surat pelantikan dari arkitek kepada pihak saya untuk menjalankan kerja kerja submission pelan bagi pihak pemilik rumah
5-gambar rumah sebelum renovation dilakukan.
6-senarai kos/deposit yang perlu dikira jumlahnya untuk dibayar kepada majlis
7-lain lain surat menyurat yang saya perlu sediakan

Anda boleh lihat gambar check list yang ditunjukkan perkara-perkara yang perlu disediakan untuk proses penyedian pelan bagi renovation rumah.

Gambar bahagian C ini ialah, dokumen dan pelan yang telah diluluskan. proses kelulusan ini jika tiada masalah, hanya sehari, tapi jika Majlis tak puas hati, dan pelan perlu diubah mengikut komen mereka, tempoh maksimun yang kami uruskan untuk kelulusan ialah sebulan maksima.(kami buat kerja dengan pantas). saya tunjukkan juga contoh surat yang dikeluarkan oleh majlis jika mereka ada komen yang patut kami patuhi sebagai contoh pelan perlu ditambah tingkap atau grill.walaubagimanapun ini adalah masalah kecil, kami akan ubah mengikut kata mereka. dan seterusnya kelulusan dikeluarkan.

Cagaran boleh dapatkan semua setelah rumah siap dibuat renovation mengikut pelan. dalam masa renovation, pihak majlis akan datang melawat, dan ianya bukanlah satu masalah. setelah siap renovation, gambar rumah yang telah siap akan diambil dan ditunjukkan kepada majlis untuk mendapatkan semula wang cagaran.

Category : pelanrumah

Lawatan ke tapak projek banglo di Puchong

Mon, 14th March, 2011 - Posted by Maser | (4) Comment

Lawatan ke tapak projek banglo di Puchong,  Gambar dibawah kelihatan pemilik banglo turut bersama untuk meninjau kawasan pembinaan, pada waktu ini kerja kerja pemasangan formwork bagi ground beam serta memasukkan reinforcement bar dan selepas itu penuagan konkrit akan dilakukan.

Banglo ini mempunyai 4 blok, gambar dibawah menunjukan salah satu blok dari keseluruhan rumah banglo yang menelan kos hampir 2 juta

tapak banglo

Category : Uncategorized

Melawat rumah banglo bersama client

Sun, 13th March, 2011 - Posted by Maser | (0) Comment

Sabtu 13hb March 2011, saya dan Pengarah DBSD iaitu En Khairul membuat lawatan ke rumah banglo yang sedang dibina dan yang telah siap dibina bersama salah seorang Client kami di sekitar Selangor.Perjumpaan diadakan di pejabat DBSB sebelum kami bertolak untuk melihat banglo pertama iaitu di Glenmary cove, banglo di Glenmarie asalnya rumah berkembar 2 tingkat, tetapi dirobohkan dan dibina semula mengikut rekabentuk yang dikehendaki oleh pemilik rumah banglo tersebut. pihak kami menerangkan kepada client mengenai rekabentuk serta material yang digunakan.

rumah banglo glenmarie

Gambar dibawah kelihatan kami meninjau keadaan rumah banglo yang sedang dibina. rumah banglo ini mengambil masa 10 bulan untuk disiapkan sepenuhnya, kos pembinaan rumah ini ialah hampir RM400k.rumah bangloGambar dibawah menunjukan pandangan keseluruhan rumah banglo yang sedang dibina. memandangkan lawatan diadakan pada hari Ahad, maka tidak kelihatan pekerja binaan kerana cuti.

Banglo/Rumah kedua pula di Taman Seri Andalas, banglo ini juga asalnya rumah Semi D 2 tingkat, tapi dibina semula, banglo ini sudah siap dibina dan telah diduduki. tetapi, pihak kami tidak membawa client untuk melihat dalaman rumah tersebut kerana tidak mahu menganggu privacy penghuni rumah. sekadar melihat diluar. disini juga saya hendak ingatkan, jika sesiapa yang ingin membuat lawatan  melihat rumah banglo yang telah siap dibina oleh pihak saya, pihak saya tidak akan membawa masuk ke dalam rumah bagi rumah yang telah diduduki oleh pemilik rumah tersebut kecuali rumah banglo yang sedang dibina dan pemilik rumah belum lagi berpindah masuk.

pelan rumah

Gambar di bawah pula banglo di  Kampung Raja Uda Kelang

Gambar di atas adalah gambar terbaru semasa saya buat lawatan untuk mengambil gambar, manakala gambar dibawah diambil semasa rumah banglo ini baru siap dibina..

Terdapat lagi banglo yang telah siap dibina di kawasan Selangor serta Negeri Sembilan. saya akan muatkan dalam weblog ini setelah mengumpul semuanya nanti, tetapi bagi banglo yang sedang dibina, saya akan masukkan dengan lebih terperinci dengan menunjukkan proses pembinaan, material yang digunakan serta menunjukkan lebih detail interior dan exterior finishes.

Category : pelanrumah / pembinaan rumah banglo

Perbezaan pelan Arkitek dan Jurutera

Sun, 13th February, 2011 - Posted by Maser | (1) Comment

Disini saya terangkan terperinci apakah perbezaan pelan rumah yang dibuat oleh arkitek dan pelan rumah yang disediakan oleh jurutera. Sepertimana yang saya jelaskan pada arktikel yang lalu,  tetapi kali ini saya sertakan gambar bagi anda lihat perbandingan pelan tersebut. Pelan arkitek yang lengkap, jika saya ambil dari projek untuk kawasan selangor adalah mengandungi pelan yang terdiri daripada: lihat gambar berbentuk slide ( gambar yang ditunjukkan ialah pelan lengkap yang bersedia untuk di print ke kertas A1 dan untuk di tandatangan dan chop oleh Arkitek -Ar/pelukispelan berdaftar.  Sila lihat slide ini satu persatu.

pelan 1 menunjukan pelan lokasi, iaitu pelan yang menunjukkan lot anda berada di antara lot lot bersebelahan, pelan kunci, pelan yang menunjukkan pelan kawasan tanah anda, dan pelan tapak ialah pelan yang menunjukkan pelan tapak rumah, lot bersebelahan, jalan serta parit sediada jika ada.Pelan tapak disediakan setelah mendapat pelan survey dari surveyor yang dilakukan di tapak rumah,melalui pelan tapak ini, anda boleh lihat sempadan lot, ukuran lot,level tanah dan slope

Pelan 2, lukisan yang memaparkan pandangan rumah.

Artikel seterusnya akan dimasukkan segera…. rehat sekejap

Category : pelanrumah