Call Us : 014-2405532 : Maser

Email : maser@lukispelan.com

Lawatan ke tapak projek banglo di Puchong

Mon, 14th March, 2011 - Posted by Maser | (5) Comment

Lawatan ke tapak projek banglo di Puchong,  Gambar dibawah kelihatan pemilik banglo turut bersama untuk meninjau kawasan pembinaan, pada waktu ini kerja kerja pemasangan formwork bagi ground beam serta memasukkan reinforcement bar dan selepas itu penuagan konkrit akan dilakukan.

Banglo ini mempunyai 4 blok, gambar dibawah menunjukan salah satu blok dari keseluruhan rumah banglo yang menelan kos hampir 2 juta

tapak banglo

Category : Uncategorized

Melawat rumah banglo bersama client

Sun, 13th March, 2011 - Posted by Maser | (0) Comment

Sabtu 13hb March 2011, saya dan Pengarah DBSD iaitu En Khairul membuat lawatan ke rumah banglo yang sedang dibina dan yang telah siap dibina bersama salah seorang Client kami di sekitar Selangor.Perjumpaan diadakan di pejabat DBSB sebelum kami bertolak untuk melihat banglo pertama iaitu di Glenmary cove, banglo di Glenmarie asalnya rumah berkembar 2 tingkat, tetapi dirobohkan dan dibina semula mengikut rekabentuk yang dikehendaki oleh pemilik rumah banglo tersebut. pihak kami menerangkan kepada client mengenai rekabentuk serta material yang digunakan.

rumah banglo glenmarie

Gambar dibawah kelihatan kami meninjau keadaan rumah banglo yang sedang dibina. rumah banglo ini mengambil masa 10 bulan untuk disiapkan sepenuhnya, kos pembinaan rumah ini ialah hampir RM400k.rumah bangloGambar dibawah menunjukan pandangan keseluruhan rumah banglo yang sedang dibina. memandangkan lawatan diadakan pada hari Ahad, maka tidak kelihatan pekerja binaan kerana cuti.

Banglo/Rumah kedua pula di Taman Seri Andalas, banglo ini juga asalnya rumah Semi D 2 tingkat, tapi dibina semula, banglo ini sudah siap dibina dan telah diduduki. tetapi, pihak kami tidak membawa client untuk melihat dalaman rumah tersebut kerana tidak mahu menganggu privacy penghuni rumah. sekadar melihat diluar. disini juga saya hendak ingatkan, jika sesiapa yang ingin membuat lawatan  melihat rumah banglo yang telah siap dibina oleh pihak saya, pihak saya tidak akan membawa masuk ke dalam rumah bagi rumah yang telah diduduki oleh pemilik rumah tersebut kecuali rumah banglo yang sedang dibina dan pemilik rumah belum lagi berpindah masuk.

pelan rumah

Gambar di bawah pula banglo di  Kampung Raja Uda Kelang

Gambar di atas adalah gambar terbaru semasa saya buat lawatan untuk mengambil gambar, manakala gambar dibawah diambil semasa rumah banglo ini baru siap dibina..

Terdapat lagi banglo yang telah siap dibina di kawasan Selangor serta Negeri Sembilan. saya akan muatkan dalam weblog ini setelah mengumpul semuanya nanti, tetapi bagi banglo yang sedang dibina, saya akan masukkan dengan lebih terperinci dengan menunjukkan proses pembinaan, material yang digunakan serta menunjukkan lebih detail interior dan exterior finishes.

Category : pelanrumah / pembinaan rumah banglo

Perbezaan pelan Arkitek dan Jurutera

Sun, 13th February, 2011 - Posted by Maser | (1) Comment

Disini saya terangkan terperinci apakah perbezaan pelan rumah yang dibuat oleh arkitek dan pelan rumah yang disediakan oleh jurutera. Sepertimana yang saya jelaskan pada arktikel yang lalu,  tetapi kali ini saya sertakan gambar bagi anda lihat perbandingan pelan tersebut. Pelan arkitek yang lengkap, jika saya ambil dari projek untuk kawasan selangor adalah mengandungi pelan yang terdiri daripada: lihat gambar berbentuk slide ( gambar yang ditunjukkan ialah pelan lengkap yang bersedia untuk di print ke kertas A1 dan untuk di tandatangan dan chop oleh Arkitek -Ar/pelukispelan berdaftar.  Sila lihat slide ini satu persatu.

pelan 1 menunjukan pelan lokasi, iaitu pelan yang menunjukkan lot anda berada di antara lot lot bersebelahan, pelan kunci, pelan yang menunjukkan pelan kawasan tanah anda, dan pelan tapak ialah pelan yang menunjukkan pelan tapak rumah, lot bersebelahan, jalan serta parit sediada jika ada.Pelan tapak disediakan setelah mendapat pelan survey dari surveyor yang dilakukan di tapak rumah,melalui pelan tapak ini, anda boleh lihat sempadan lot, ukuran lot,level tanah dan slope

Pelan 2, lukisan yang memaparkan pandangan rumah.

Artikel seterusnya akan dimasukkan segera…. rehat sekejap

Category : pelanrumah

Survey plan untuk banglo equin park

Thu, 3rd February, 2011 - Posted by Maser | (1) Comment

3/02/2011.Minggu lalu,kami telah selesaikan masaalah yang dihadapi oleh client banglo di equin park iaitu tanah yang beliau beli tidak mempunyai geran tanah sementara yang sepatutnya diperolehi dari pemaju tanah, semua dokumen pembelian berada dalam simpanan peguam. dari maklumat yang diperolehi, tanah beliau dalam status master title. masalah tersebut berikutan pihak pemaju dahulunya melantik serveyor yang bertanggungjawab melakukan surveyplan telah menutup syarikat mereka. bagi masalah ini saya telah menyerahkan perkara tersebut pada serveyor kami bagi membantu client untuk selesaikan masalah tersebut dengan membuat surat kepada pemaju tanah untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. kerjasama yang diberikan oleh pemaju sangat baik dan melalui maklumat yang diterima, pihak kami telah pun membuat kerja kerja servey tanah tersebut minggu lalu. dan setelah seminggu proses penyediaan pelan servey. survey plan tersebut telah siap sepenuhnya serta kerja-kerja bagi penyediaan pelan arkitek mula dijalankan.

Saya terlupa nak pesan kepada surveyor supaya mereka shot gambar semasa melakukan servey ditanah tersebut, tak dapatlah saya nak tunjukkan disini, cuma saya boleh tunjukkan pelan yang telah dibuat, sila lihat gambar dibawah.gambar menunjukkan survey plan mengandungi level level tanah di lot tersebut. ianyanya terdapat jalan sediada, parit sediada, dan lot tersebut di penuhi semak samun, pokok-pokok yang agak besar.keadaan ditanah tersebut levelnya agak curam (slope). oleh yang demikian, pelan earthwork perlu dibuat untuk kerja-kerja cut & fill, iaitu kerja menambun atau mengorek bagi meratakan tanah tersebut. bagi kerja-kerja ini pelan earthwork perlu dikeluarkan dan juga perlu mendapat kelulusan dari pihak berkuasa.

Dalam sementara itu, pihak saya sedang merekabentuk rumah tersebut dengan budget beliau iaitu 230k termasuk consultant fees, rumah yang hendak dibina adalah 2 tingkat, memandangkan budget beliau, agak sukar juga untuk memiliki rumah banglo 2 tingkat dengan harga sedemikian, oleh itu, saya bersama kumpulan berbincang untuk menghasilkan design bersamaan dengan budget beliau, apa yang kami rumuskan ialah, boleh nak buat rumah 2 tingkat seperti yang dikehendaki oleh beliau, tetapi banglo tersebut tidaklah nampak mewah, sekadar biasa sahaja. oleh yang demikian kami menukar design tersebut menjadi banglo 1 tingkat setengah, tetapi masih mengandungi bilangan bilik, bilik air yang dikehendaki oleh beliau. design ini masih diperingkat proposal, dan akan diserahkan kepada client samada beliau setuju atau tidak, kalau tak setuju, kami akan ubah lagi design sehingga client berpuashati.kami juga perlu menjaga reputasi kami dalam merekabentuk rumah tersebut supaya menepati citarasa client serta rekabentuk yang cantik.

Category : pelanrumah

Kronologi dua projek rumah banglo

Mon, 17th January, 2011 - Posted by Maser | (1) Comment

pelan rumah

Kronologi bagi banglo milik salah seorang client kami, kini berada
diperingkat akhir dalam proses rekabentuk pelan dari arkitek. Beberapa
peringkat perubahan dari segi design telah dilakukan untuk memuaskan
hati client yang mengikut kehendaknya iaitu berkonsepken bali, malahan
beliau telah ke bali bagi mengambil idea dari sana. Banglo beliau pada
anggaran mulanya adalah 1 juta, kini kos anggarannya 2 juta,
walaubagaimanapun, pada beliau, kos tersebut bukan masalah baginya
kerana beliau memang expect rumahnya menelan kos 2 juta lebih.

Projek kedua pula iaitu rumah banglo di equin park, proses penyediaan
pelan survey sedang dilakukan. Ini kerana setiap lot banglo hanya
mempunyai pelan yg di panggil pelan cp,ianya boleh didapatkan pejabat
tanah. Tetapi pelan ini tidak menunjukan level tanah lot tersebut,
ianya hanya menunjukkan bearing dan keluasan lot. Maka pelan survey
Perlu dibuat dgn melantik pihak suveyor. Kos bagi lot banglo ini untuk
lakukan survey ialah hampir rm2 ribu. Kos berubah mengikut keadaan.

Category : pelanrumah

Final design untuk banglo 2 juta

Sun, 9th January, 2011 - Posted by Maser | (0) Comment

Semalam Dato’ dan Datin  (gambar saya jadikan blur untuk privacy) serta kumpulan saya dari Arkitek, Saya dari consultant engineer dan Director Dimensi Builders (kontraktor) membuat perjumpaan untuk membincangkan rekabentuk akhir banglo beliau, yang mengambil konsep bali, minggu depan Dato’ dan datin akan berlepas ke bali bagi meninjau kediaman yang akan dimasukkan dalam konsep rumah banglonya. manakala arkitek bertungkus lumus membuat revision seperti yang dimahukan. manakala kontraktor menyumbang idea-idea yang membantu bagi memantapkan lagi kemahuan dato’. manakala saya pula akan memulakan proses pemyediaan pelan structure. sekumpulan engineer telah bersedia untuk melakukan design bagi structure,  earthwork, road & drainage serta sanitary dan plumbing.

Kronologi bagi projek ini saya akan masukkan bagi berkongsi pengalaman dalam pembinaan banglo dari proses awal hingga akhir.

Category : pelanrumah