Call Us : 014-2405532 : Maser

Email : maser@lukispelan.com

Renovation rumah

Artikel kali ini saya akan berikan maklumat terperinci dan tepat mengenai proses penyediaan pelan bagi renovation rumah untuk kelulusan pelan dari Majis Bandaraya Shah Alam. Bermula dari  January hingga May, terdapat 5 pemilik rumah yang mendapatkan khidmat saya di sekitar Selangor yang memerlukan kelulusan dari MBSA, sebenarnya terdapat banyak lagi projek saya untuk kelulusan dari Majlis lain, tapi saya akan ceritakan MBSA dahulu sahaja.

Kesemua penyediaan pelan rumah renovation ini adalah di kawasan perumahan Setia Alam. projek yang saya terima ini semuanya datang dari mereka yang memasuki laman weblog saya ini iaitu lukispelan.com.Pemilik rumah yang ingin mendapatkan khidmat penyediaan pelan bagi renovation rumah mereka menghubungi saya melalui telefon serta ada juga melalui email, setelah mereka menghubungi saya, perjumpaan pertama diaturkan di rumah yang hendak dibuat renovation. anda boleh melihat gambar dibawah, saya dan rakan sekerja bersama pemilik rumah melakukan perjumpaan di rumah yang hendak dilakukan.

Peringkat pertama perjumpaan, pihak saya akan menerangkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam membuat renovation rumah, iaitu renovation perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam, kemudian pihak saya akan mendengar rekabentuk rumah yang pemilik rumah inginkan. Saya juga akan memberi panduan dan contoh-contoh rumah yang telah kami jalankan sebelum ini. semasa berada di rumah tersebut, pihak saya akan mengukur ruang rumah yang hendak ditambah, terdapat syarat yang perlu dipatuhi, antaranya. ruang yang hendak ditambah tidak melebihi 10 kaki dari sempadan lot rumah, pencahayaan, pengudaraan dan lain lain perkara yang akan diikuti.

Setelah selesai pebincangan mengenai bentuk rumah yang hendak dilakukan renovation, dan pemilik rumah juga bersetuju untuk melantik kami, kami akan berikan quotation yang dikenakan bagi perkhidmatan ini, terdapat 3 peringkat bayaran iaitu

Peringkat pertama bayaran
Apabila pemilik rumah bersetuju, mereka perlu memberi bayaran —- dari jumlah keseluruhan untuk pihak saya memulakan kerja penyediaan pelan.

Peringkat kedua bayaran
Apabila pelan telah siap, saya akan tunjukkan pelan rumah dengan rekabentuk yang diinginkan, jika pemilik rumah hendak ubah, pihak saya akan ubah sehingga pemilik rumah berpuas hati. dan pada masa inilah pelan yang telah siap, pemilik rumah perlu menandatangan atas pelan. seterusnya bayaran peringkat ke- ini dilakukan

Dokumen yang perlu disediakan oleh pemilik rumah yang ingin lakukan renovation ialah

1-Bil cukai tanah / bil cukai pintu terkini. (lihat gambar)
2-Dokumen perjanjian jual beli (S&P-lihat gambar)
3-2 salinan kad pengenalan
4-Borang F dan lampiran, lampiran ialah pelan lot rumah
5-Wang cagaran untuk Majlis,Alam Flora berbentuk cek/bank Draf atas nama Majlis dan Alam flora

Hanya 5 perkara diatas yang pemilik rumah perlu sediakan, dan tidak perlu pening kepala memikirkan hal lain, kerana proses yang lain kami yang akan jalankan, pemilik rumah hanya perlu sediakan 5 perkara diatas sahaja

Ini bermaksud kos yang pemilik rumah yang ingin buat renovation rumah ada 2 jenis iaitu
1-Bayaran khidmat saya

2- (5-Wang cagaran untuk Majlis,Alam flora), wang cagaran majlis boleh dapatkan kembali setelah rumah selesai renovation dan mengikut syarat yang dipatuhi

Gambar bahagian A dibawah adalah dokumen lengkap yang perlu disediakan oleh pemilik rumah yang hendak melakukan renovation rumah

1-gambar menunjukkan bil cukai pintu terkini
2-gambar menunjukkan bil cukai tanah terkini
3-gambar menunjukkan 2 salinan kad pengenalan
4-Gambar menunjukkan dokumen s&p ( copy perjanjian jual beli dari pemaju)
5-Gambar menunjukkan borang f dan lampiran lot tanah
6-cek/bank draf/deposit untuk majlis dan alam flora.

Gambar bahagian B dibawah ini pula dokumen lengkap/surat/pelan yang pihak saya sediakan untuk submission ke Majlis.
1-(check list)
2-surat dari arkitek
3-pelan A1
4-surat pelantikan dari arkitek kepada pihak saya untuk menjalankan kerja kerja submission pelan bagi pihak pemilik rumah
5-gambar rumah sebelum renovation dilakukan.
6-senarai kos/deposit yang perlu dikira jumlahnya untuk dibayar kepada majlis
7-lain lain surat menyurat yang saya perlu sediakan

Anda boleh lihat gambar check list yang ditunjukkan perkara-perkara yang perlu disediakan untuk proses penyedian pelan bagi renovation rumah.

Gambar bahagian C ini ialah, dokumen dan pelan yang telah diluluskan. proses kelulusan ini jika tiada masalah, hanya sehari, tapi jika Majlis tak puas hati, dan pelan perlu diubah mengikut komen mereka, tempoh maksimun yang kami uruskan untuk kelulusan ialah sebulan maksima.(kami buat kerja dengan pantas). saya tunjukkan juga contoh surat yang dikeluarkan oleh majlis jika mereka ada komen yang patut kami patuhi sebagai contoh pelan perlu ditambah tingkap atau grill.walaubagimanapun ini adalah masalah kecil, kami akan ubah mengikut kata mereka. dan seterusnya kelulusan dikeluarkan.

Cagaran boleh dapatkan semua setelah rumah siap dibuat renovation mengikut pelan. dalam masa renovation, pihak majlis akan datang melawat, dan ianya bukanlah satu masalah. setelah siap renovation, gambar rumah yang telah siap akan diambil dan ditunjukkan kepada majlis untuk mendapatkan semula wang cagaran.

Terdapat lagi bayaran hingga CF.. untk maklumat langjut sila hubungi saya

Gambar menunjukkan lawatan tapak rumah di Setia Alam, perbincangan dijalankan dengan pemilik rumah mengenai bentuk yang dikehendaki, manakala pihak saya memberi khidmat nasihat serta menjelaskan perkara yang perlu dipatuhi.



Gambar dibawah ini pula, menunjukan pelan di sediakan bagi submission. pelan perlu dilukis semula mengikut rumah asal dan juga menunjukkan ruang yang hendak di tambah. kemudian pelan ini akan di print kertas bersaiz A1. pelan dibawah ini adalah pelan rumah di setia alam. seperti gambar diatas.


45 Responses to “Renovation rumah”


zaki April 6, 2011

nama sy zaki, sy nak minta khidmat nasihat untuk renovation rumah di bandar baru sungai buloh, fasa 1…. untuk pengetahuan, kawasan tersebut adalah di bawah pentadbiran majlis bandaraya shah alam…. rumah tersebut adalah rumah teres 1 tingkat (3 bilik tidur 2 bilik air)…. saya ingin mengubahsuai rumah berkenaan menjadi teres 2 tingkat (tingkat bawah – ruang tamu/istirehat/ruang makan/dapur/1 bilik tidur/1 tandas… tingkat atas – ruang istirehat/3 bilik/2 tandas)…. bolehkah pihak anda membantu saya dalam menyediakan pelan rumah berkenaan beserta prosedur untuk berurusan dengan pihak MBSA

admin April 6, 2011

salam, selalunya, perlu masuk kebenaran merancang, dan hanya dibenarkan setengah tingkat, iaitu jika rumah satu tingkat, boleh dijadikan 1 setengah tingkat, walaubagaimanapun saya akan semak dulu dengan MBSA syarat2nya untuk rumah seperti yang saudara minta..

naddea May 16, 2011

salam,

kalau nak buat renovation di dlm area mpsj, tuan boleh uruskan tak? cadangnya nak renovate rumah semi-d 2 tingkat tambah bahagian belakang atas bawah. nak buat renovation tu insyallah dalam masa terdekat.

Azli May 24, 2011

Berapa anggaran kos untuk plan & MBSA untuk rumah saya. Saya nak renovate extand ke belakang.

Lokasi Rumah: Jalan Kebun, Shah Alam
Type: Rumah terrece single storey
Size: 20ft x 69ft
Target: Awal Tahun Depan
baget bawah 20K

farez June 13, 2011

1) sungai merab
2) november 2011
3) RM200k
4) size 25×70

rumah apa yg boleh dapat dgn bajet mcm nih? luas tanah dalam 5000sqft

nani June 17, 2011

rumah teres 2 tingkat
di shah alam seksyen 19 (14′ x 60′)
dlm bulan 8/2011
bajet below RM10K.
nak pasang tiles..di ruang tamu.
nk pasang plaster ciling…
tangga nk tukar batu dan nk wat stor di bawahnyer…
nk tukar pintu biase kpd slidding door..
agak2 baper anggaran keseluruhan…

siti June 20, 2011

MEMBINA BANGLO BUDGET RM 300K DI TANAH SENDIRI.

Maser June 27, 2011

terima kasih atas mesej yg dihantar….

amiranims August 15, 2011

Saya mencari kerja part time dari rumh terutama dalam bidang interior design.Saya mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang ini.Syarikat terakhir yahg saya sertai ialah Fizz Asosiate.Sekira nya ada peluang angin sekali saya menyertai.Sekian………wasalam amiranims 014-9251886

Malik August 23, 2011

ASM En Maser,

Saya ada bertanya tentang pembinaan rumah di tanh sendiri tapi tidak berjawab. Harap tuan dapat beri sedikit komen.

1. Cadang bina di K.Langat-
2. bina akhir tahun
3. bajet 250-300K
4. Luas tanah 120 kaki x 150 kaki

Banglo setingkat
5 bilik tidur (1 master)
3 bilk air
1 bilk stor/utiliti
1 bilk sembahyang
Runag tamu
Ruang famili
Ruang makan
Dapur basah
Dapur kering
Porch 2 kereta

Boleh tuan komen sedikit dari segi keluasan binaan yang mungkin terlibat dengan bajet tersebut. Sekian teri kasih. Selamat berpuasa ndan selamat hari raya.

Hawa September 24, 2011

Salam tuan,
saya ingin bertanya menegani busget untuk rumah semi d setingkat untuk naik satu tingkat atas dan renovate bawah.

Rumah di meru klang 35 x 82

Budget 100k

sarina October 4, 2011

salam,
saya nak tanya kos utk extend dapur (tingkat bwh shj) bg rmh teres 2 tingkat dan bina stor di bawah tangga..

rmh di tasik puteri, rawang 18 x 65
budget 10k

Zulkarnain October 5, 2011

Salam,
Saya bercadang nak ubahsuai rumah teres 1 tingkat dekat Taman Pelangi Rawang dalam bulan November 2011.

Anggaran kasar Rm20K. Utk extend ruang tamu dlm 7 kaki dan buat porch kereta serta pagar. Berapa kos buat pelan sehingga mendapat kelulusan MPS.

Faizal October 7, 2011

Salam, sy Faizal, sy nak minta khidmat nasihat untuk renovation rumah di Taman cheras Jaya,balakong, untuk pengetahuan, kawasan tersebut adalah di bawah pentadbiran majlis perbadaran kajang…. rumah tersebut adalah rumah teres 1 tingkat (3 bilik tidur 2 bilik air) keluasan tanah 20 x 70…. saya ingin mengubahsuai rumah berkenaan menjadi teres 2 tingkat (tingkat bawah – ruang tamu/istirehat/ruang makan/dapur/1 bilik tidur/1 tandas… tingkat atas – ruang istirehat/3 bilik/2 tandas)…. bolehkah pihak anda membantu saya dalam menyediakan pelan rumah berkenaan beserta prosedur untuk berurusan dengan pihak majlis.

Norlizah October 13, 2011

assalammualaikum…saya ingin minta nasihat untuk ubahsuai rumah saya…

Lokasi Rumah: Johan Setia, Klang
Type: Rumah terrece single storey
Size: 20ft x 77ft

Berapa anggaran kos untuk plan hinggga mendapat kelulusan MPK untuk rumah saya. Saya nak bercadang utk buat:-

1-buat loteng bertangga di bilik no.2 kerana siling tinggiuntuk jadikan bilik anak lelaki. size bilik 10×10.pecah dinding tersebut untuk jadikan ruang bawah tempat menonton TV. Budget 5K Januari 2012.

2. extent dapur. saya ada 2 option:-

option1: dapur extent dlm 8kaki. pecah dan alih bilik air. budget 15k Disember 2012

option2: dapur extent dlm 8kaki. buat 1 1/2 tingkat. atas nak buat study room. pecah dan alih bilik air. budget 30k Disember 2012

Maser October 16, 2011

sila semak email masing2, yang belum lagi mendapat maklumbalas. saya akan email kemudian nanti, kepada sesiapa yang ingin menghubungi terus, sila hubungi

Maser Abdul Ghani
Dimensi Builders Sdn Bhd (576260-K)
No 42A Jalan Bayu Tinggi 2A/KS 6
Batu Unjur, 41200 Klang
Selangor Darul Ehsan

pejabat, 03-33238004
no hp-014 2405532

anda dialu-alukan datang ke pajabat untuk mendapatkan lebih terperinci, tiada bayaran dikenakan

terima kasih

maser dan khairul azhar

mohd taufik November 2, 2011

dibina di tanah sendiri di sabak bernam selangor..nak bina akhir 2012..budget rm150k..jadi berapa keluasan rumah utk budget mcm tu..minta pandangan/nasihat utk rumah banglo setingkat dari segi rekabentuk dan floor plan.lagi baik jika ada contoh2 floor plan..tq

norizan November 4, 2011

rumah teres 2 tingkat, Ampang

Renovation Modern design

Extend bahagian depan dan tingkat atas,tambah bilik air atas dan alih kedudukan tangga.

budget 70k

rehan November 5, 2011

nk rnvate rumah single storey di meru, klang..target bln dec 2011…xtand dpn,tukar pintu pagar dan buat car porch untuk 1kereta..brp kos?bajet 10k-15k

hwa November 18, 2011

We are manufacturer and provide a fully integrated & quality value chain service from designing to product development, manufacturing & installation at direct manufacturing price.

Interior Design
Interior Furniture
Kitchen Cabinet
Wardrobe
Study Cabinet
Display Cabinet

sila bandingkan harga kami, terima kasih

Maser November 19, 2011

terlalu ramai yang tanya hingga ada yg tak terjawab walaubagaimana pun

sila semak email masing2, yang belum lagi mendapat maklumbalas. saya akan email kemudian nanti, kepada sesiapa yang ingin menghubungi terus, sila hubungi

Maser Abdul Ghani
Dimensi Builders Sdn Bhd (576260-K)
No 42A Jalan Bayu Tinggi 2A/KS 6
Batu Unjur, 41200 Klang
Selangor Darul Ehsan

pejabat, 03-33238004
no hp-014 2405532

anda dialu-alukan datang ke pajabat untuk mendapatkan lebih terperinci, tiada bayaran dikenakan

terima kasih

maser dan khairul azhar

Mira November 29, 2011

Saya nak renovate rumah kat Seksyen 5 Kota Damansara. Rumah 2 tingkat link intermediate 4R3B. Nak extend dapur, bilik bawah dan atas juga depan nak buat balcony. Ingin buat renovation ASAP. Please contact me untuk buat appointment tengok rumah then can quote to me.Thks

wahba December 10, 2011

salam, buat tak kerja renovation di seremban?
Sekarang rumah teres, lot tepi, 2 tkt ada 4 bilik dan telah extended. Hendak tambah lagi 4 ( 1 master b/room,1 bilik tamu (bawah), 2 bilik (tkt atas), 2 tkt dan 2 bilik air di bawah (1 di bilik utama, 1 common area utk tetamu), 2 bilik air diatas.

Adkah pihak tuan boleh juga buat cadangan pelan ? (kerana saya nak jg ada library cum surau, dan mini taman.

Cuba minimise demolishing job cos cost ineffective.
Bajet max RM100,000. Juga ada repair job existing building.

Yahaya December 11, 2011

Salam, saya ada rumah banglow setingkat ( 4 bilik + 2 bilik air ) ditaman perumahan kat muar. Bercadang nak ubahsuai jadi 2 tingkat.. Boleh ke diubah?. Ubah jadi tingkat atas – 3 bilik tidur yang agak selesa setiap bilik ada bilik air dan ruang keluarga serta veranda. Tingkat bawah – 2 bilik asal dan yang lain ubah jadi ruang tamu serta dapur. Bajet lebih kurang RM 200K. Boleh cukup ke bajet tu…

Sekian terima kasih

hazly December 28, 2011

Saya nk renovate rumah saya di Kemuning Utama. Nak sambung blakang dapor, kabinet dapor (dg island kalau dpt), & plaster siling ruang tamu .
Budget dlm 25K .
Target nk bina dlm bulan Januari 2012.

Adi January 7, 2012

salam,,
saya memberi khidmat dalam bidang pembinaan, pengubah suai, pendawaian, plaster, boleh hubungi saya..

kerja2 untuk disubcon juga diterima..

anie January 11, 2012

sy nak tnye.sy ad rumah di johor bahru.jenis low cost.nak tnye.boleh ke sy nak tambah depan bahagian atas dan bahagian belakang,tmbah atas dan bawah.tingkat atas skang ada 2 bilik nak jadikan 3 bilik dan dalam master room ada bilik air.bawah nak tukar bilik air ke belakang.target n budget sy xtau la sbb sy cuma nak tahu ttg ni jer..

fadzil January 12, 2012

Saya ingin renovate rumah 2stry di Kota Damansara, PJ.

1) Berapa kos utk permohonan pelan dan berapa lama masa diambil oleh MBPJ? Ubahsuai rumah saya adalah melibatkan tambahan dapur dan tambahan bilik di tingkat atas. Rumah saya 22×75. Tambahan dapur dan ruang atas adalah sebanyak 10kaki.

2) Adakah tuan boleh memberi Quotation ubahsuai rumah sepertimana yg dinginkan? atau tuan mempunyai kontraktor yg bekerjasama dgn tuan?

Harap dapat feedback secepat mungkin.

TQ

fadzil

evizarmita January 26, 2012

Saya nak renovate rumah di bandar baru bangi, 2 stry hse..minta quotation dr pihak tuan. nak renovate depan atas bawah, dan buat dapur…konsep moden dan minimalis….

rin January 26, 2012

salam. saya ingin renovate rumah 2 storey di bangi (rumah thn 2009). 20×70
1) nak extend dapur + kitchen cabinet,
2) tambah toilet satu kat tingkat atas,
3) ruang jemur baju di tingkat atas
4) plaster ceiling (yg biasa2 jer, xnak grand sgt :P )
5) porch depan yg cuma muat satu kereta ingin dipecahkan tiang supaya dpt muat 2 kereta.

berapakah anggaran kos pihak en utk setiap satu renovasi tersebut?

tq

Maser January 26, 2012

Sila semak email masing-masing, semua pertanyaan telah dijawab

terima kasih

-Maser

dimensi builders

Pn Ainul Sariah January 27, 2012

Assalamualaikum..
Saya ingin buat renovation utk rumah teres 2 tingkat di Saujana Puchong kaw MPSJ, renovation untuk tambah bahagian belakang rumah atas dan bawah dengan keluasan 17′ X 20′ (utk atas dan bawah). Nak tanya berapa kos utk penyediaan pelan sehingga kelulusan? Kerja-kerja pembinaan akan di buat sendiri oleh pihak saya. Harap dpt maklumbalas. Terima kasih.

maleen January 28, 2012

Salam,

Saya mempunyai rumah teres 1 tingkat (3 bilik tidur 2 bilik air) keluasan tanah 20 x 70…. saya ingin extend dapur dan ubah suai bilik depan. Dan nak tambah tile lantai.
Berapa anggaran kos pengubahsuaian ini nyer
setiap pertanyaan anda perlu beritahu saya
1-dimana rumah nak dibina –> Tmn johor jaya jb
2-target bila nak bina rumah –> dah terbina
3-budget anda –> RM20K

shida January 30, 2012

saya nk bina rumah di kawasan kampung (jitra,kedah)
boleh berikan keluasan rumah yang boleh saya bina dengan kos RM10k.
rancangan pembinaan ini adalah pertengahan tahun 2012.
harap dapat maklum balas segera

imran January 30, 2012

saya bercadang untuk membina sebuah rumah banglo 1 tingkat (3 bilik , 2 bilik air, ruang tamu, ruang keluarga) atau (3 bilik + 1 bilik bacaan, 2 bilik air, ruang tamu, ruang keluarga) dengan keluasan tanah 60×80kp. Berapakah anggaran kos keseluruhan sekiranya pembinaan dilakukan menggunaan konsep IBS?

1-Jitra berdekatan dengan pekan jitra
2-pembinaan rumah secepat yang mungkin (mac 2012?)
3- anggaran yang dicari…

Terima kasih

Gee February 1, 2012

Salam encik,
saya bercadang utk renovate rumah seperti berikut, harap encik boleh advise berapa kos renovate yang diperlukan.
1. tukar kepada tangga batu
2. extend dapur
3. besarkan ruang tamu – now luas rumah 18×55
4. tebuk dinding utk pasang sliding door.

terima kasih!

afizan February 8, 2012

nak renovate rumah

1. extend ruang tamu 10×18
2. porch kereta dalam 10×18

Berapa kos drawing dan kontraktor

Sekian

Wati February 9, 2012

1 – rumah di bandar tun hussein onn, dah siap dan occupy since 2003
2 – bajet RM200k

extend belakang 5kaki, depan dalam 10 kaki. alih tandas tingkat atas dan bawah, convert void area jadi walk in wardrobe dalam master bedroom. porch pun nak extend. cukup ke 200k tu?

nida February 10, 2012

salam..
sy bercadang nk renovate rumah di Puchong.
ciri-ciri rumah :
i) tanah bersaiz 55′x15′
ii) rumah bersaiz 20′x15′
iii) tanah di belakang bersaiz 13′x15′
iv) tanah di bahagian hadapan bersaiz 22′x15′

cadangan untuk renovate :
i) penambahan pd bahagian dapur dengan saiz 13′x15′
ii) pecah dan bina 2 bilik air baru pd bahagian dapur yg di extend.
iii) kabinet dapur
iv) penambahan pd ruang tamu dengan saiz 10′x9′
v) menukar pagar hadapan rumah

target untuk renovation rumah dalam pertengahan tahun 2012.
so berapa anggaran kos untuk pembinaan ni.

terima kasih.
vi) pemasangan jubin pada keseluruhan rumah

cada

nida February 10, 2012

ralat :

salam..
sy bercadang nk renovate rumah di Puchong.
ciri-ciri rumah :
i) tanah bersaiz 55′x15′
ii) rumah bersaiz 20′x15′
iii) tanah di belakang bersaiz 13′x15′
iv) tanah di bahagian hadapan bersaiz 22′x15′

cadangan untuk renovate :
i) penambahan pd bahagian dapur dengan saiz 13′x15′
ii) pecah dan bina 2 bilik air baru pd bahagian dapur yg di extend.
iii) kabinet dapur
iv) penambahan pd ruang tamu dengan saiz 10′x9′
v) menukar pagar hadapan rumah
vi) pemasangan jubin pada keseluruhan rumah

target untuk renovation rumah dalam pertengahan tahun 2012.
so berapa anggaran kos untuk pembinaan ni.

terima kasih.

carlsen juntan February 14, 2012

saya nak bina rumah banglo kat tanah sendiri di sarawak…bolehkan saya dapatkan bantuan en. maser untuk membina pelan….ataupun saya beli pelan dari pihak tuan.
bagaimana caranya saya hendak mendapatkan pelan tersebut.
sekian terima kasih.

Nadia February 14, 2012

CF itu apa? Owner perlu ada CF ke? Really need to know this

syida February 15, 2012

Lokasi Rumah: Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang
Type: Rumah terrace single storey
Size: 22ft x 70ft
Target : April – Dec 2012
Budget : Saya ingin tahu anggaran Kos Tuan.
Berapa anggaran kos untuk plan hinggga mendapat kelulusan MPS untuk rumah saya. Saya nak bercadang utk buat:-

1-buat loteng bertangga di bilik no.2 kerana siling tinggi untuk jadikan bilik.size bilik 10×10.pecah dinding tersebut untuk jadikan ruang bawah tempat menonton TV.

2. extent dapur.
dapur extent dlm 8kaki.Tambah bilik air

Eriefa February 16, 2012

assalam..
saya ingin tau bajet untuk renovation rumah..
1. extend dapur
2.extand ruang tamu
3. pasang tiles di porch
4. buka pagar supaya boleh masuk 2 kereta
5.plaster ceiling
terima kasih

Rumah kawasan taman kantan permai kajang
target dalam hujung bulan 3/awal bulan 4
bajet dalam rm15-20k

Maser February 17, 2012

saya minta maaf kepada mereka yang belum mendapat email maklumbalas dari saya, untuk kawasan selangor dan wilayah persekutuan, anda di jemput ke pejabat saya untuk perbincangan lanjut. sila email atau telefon untuk temujanji.

dimensi builders
Dimensi Builders Sdn Bhd (576260-K)
No 42A Jalan Bayu Tinggi 2A/KS 6
Batu Unjur, 41200 Klang
Selangor Darul Ehsan

Tel 03-33238004
Fax 03=33241005
Mobile : 014 2405532

Sila email ke
maser@lukispelan.com



PERHATIAN:

setiap pertanyaan anda perlu beritahu saya
1-dimana rumah nak dibina
2-target bila nak bina rumah
3-budget anda

3 perkara atas sangat penting bagi saya untuk buat anggaran kos penyediaan pelan dan construction