26
Apr

2-Semakan samada perlu membuat permohonan merancang ( untuk banglo ini, tidak perlu)

3-KELULUSAN DARI INDAH WATER KONSORTIUM (IWK)

Antara syarat MBSA untuk kemasukan/submission pelan bangunan, kelulusan dari IWK perlu didapatkan terlebih dahulu, terdapat  8 borang PDC yang akan dikemukakan kepada IWK, iaitu

1-FORM SSA/PDC/1-Application for sewerage planning approval
2-FORM SSA/PDC/2-Application for Approval of sewerage work
3-FORM SSA/PDC/3-Certificate of structural plan & design calculation
4-FORM SSA/PDC/4-Certificate of process design & design calculation
5-FORM SSA/PDC/5-Certificate of electrical drawing, design calculations, equipment data and material sheet (EDMS)
6-FORM SSA/PDC/6-Notice of commencement or or resumption of sewerage work
7-FORM SSA/PDC/7-Notice of inspection and testing
8-FORM SSA/PDC/8-Notice final inspection

Untuk download semua borang diatas (klik sini)

Kemasukan fORM/SSA/PDC adalah secara berperingkat.pihak MBSA meminta kelulusan dari PDC/1 terlebih dahulu. Jurutera perunding perlu menyediakan pelan yang menunjukkan pelan tapak. ini bermaksud, semasa mengemukakan FORM SSA/PDC/1, apa yang diperlukan ialah

1-Borang / FORM SSA/PDC/1 (perlu di isi oleh Jurutera Perunding) 2 set
2-Pelan tapak 2 set

kemudian setelah 2 perkara diatas telah disediakan, semasa submission, terdapat lagi perkara yang perlu disertakan iaitu

3-sampul surat bersaiz A4, bersetem RM6 dan beralamat jurutera perunding
4-2 sampul surat biasa dengan setiap satu setem 60sen beralamat pemilik rumah dan MBSA
5-Checklist IWK
6-Cover letter/letter head dari Jurutera Perunding (1 original, 1 copy untuk di chop oleh IWK )

(sila lihat gambar complete set submission PDC1)

(akan bersambung)

Category : IWK indah water | Blog